Assalamulaikum
Salam Jumaat dan
selamat menyambut bulan Ramadhan. Pejam celik, pejam celik, kita semakin dekat
untuk meninggalkan bulan yang mulia ini. Semoga 10 malam terakhir ini dapat
memberi yang terbaik untuk kita semua. Pelbagai kebaikan yang dikongsi di media sosial tentang
kebaikan 10 malam terakhir. Oleh itu, sama-samalah kita memanfaatkan peluang
yang datang dengan mengaut amalan pahala yang berlipat ganda ini.
Di sebalik bulan
Ramadhan ini, bukan sahaja kebaikan
bulan yang mulia ini dikongsi tetapi juga pelbagai juadah untuk bersahur
dan berbuka puasa dikongsi di media sosial terutama FB. Tidak ketinggalan aneka
resepi biskut dan kek untuk sambutan Hari Raya dikongsi. Sebelum ini, kurang begitu banyak resepi
dikongsi dimedia sosial. Bila masuk sahaja bulan Ramdhan, berbagai-bagai resepi
dikongsi. Dengan adanya resepi, saya merasakan
ramai yang teruja untuk memasak sendiri juadah berbuka puasa serta mencuba resepi
biskut raya. Kini, bermacam-macam nama biskut
diberi nama.
Dari perhatian saya
juga, tidak ketinggalan sepanjang bulan Ramadhan semestinya fesyen baju raya . Pelbagai jenis
baju kurung, aneka jubah samaada jubah lelaki atau perempuan. Tidak ketinggalan
fesyen kanak-kanak yang menarik perhatian. Kini, pelbagai pilihan untuk baju
raya samaada untuk golongan dewasa atau kanak-kanak. Apa-apa pun belanjalah
dengan bijak dan haruslah membeli mengikut badan sendiri atau kemampuan.
No comments:
Post a Comment