Assalamulaikum. Selamat
berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga kita semua dapat berpuasa dengan baik.
Daripada Anas ra
bahawa Rasulullah SAW berbuka sebelum melakukan solat dengan rutab, jika tidak ada rutab baginda akan berbuka
dengan kurma dan jika tidak ada kurma baginda akan berbuka dengan minum
beberapa teguk air- Abu Dawud & Tirmiziy
Buah kurma senonim dengan bulan Ramadhan. Bila bulan
Ramdhan hampir tiba, pasti banyak buah kurma di pasaran. Pada Bulan Ramadhan
ini, kita disunatkan memakan kurma oleh Rasulullah SAW, ternyata kurma itu
sangat berkhasiat. Pelbagai jenis kurma boleh di dapati. Buah kurma Yusof
Taiyyob terutamanya begitu menyerlah di pasaran kerana harganya mampu dibeli oleh
semua.
Berpuasa pada tahun ini, dapat juga saya merasai keenakkan kurma ajwa yang sinonim di panggil kurma nabi. Semasa berjalan-jalan di
jalan TAR, terjumpa dengan kedai yang menjual pelbagai jenis kurma. Yang menarik
perhatian saya adalah kurma Ajwa yang sinonim di panggil kurma nabi. Harga sekilo Rm 150 dan saya yang membeli 100gm, Rm 15
serta saya juga membeli buah kurma segar.
Warna hitam, tekstur lembut, tidak manis, rasanya hampir mirip kismis dan rasanya sangat sedap berbanding kurma yang pernah saya makan. Seperti yang kita tahu kurma banyak khasiatnya.
Warna hitam, tekstur lembut, tidak manis, rasanya hampir mirip kismis dan rasanya sangat sedap berbanding kurma yang pernah saya makan. Seperti yang kita tahu kurma banyak khasiatnya.
Rasa dan tekstur kurma segar merah adalah
kelat-kelat manis dan sangat rangup. Memang sedap..
No comments:
Post a Comment