Tips Utk 10 malam terakhir ramadhan. Semoga
ia berguna kepada kita semua.
1. Tidak kira betapa buruk atau baiknya Ramadhan anda, 10
terakhir kenalah kita buat yg terbaik.
2. Dengar atau baca alquran terutama surah AlQadr.. malam
10 terakhir akan adanya malam Lailatulqadar
3. Pilih tempat yang terbaik untuk beribadat
samada rumah atau masjid. Jangan berbaring dgn bantal sebab takut terlena.
4. Tutup hphone, laptop, ipad dsb
5. Kalau bersendirian, baca alquran
dengan kuat supaya telinga dan hati akan bersama-sama membaca. Kalau ramai, baca
seadanya
6. Perbanyakkan dan lamakan sujud
supaya lebih berdoa... menangislah kepada Allah swt supaya mendapat berkah dunia
dan akhirat
7. Perbanyakkan doa. Mintalah yg
baik-baik untuk kehidupan kita yg akan datang. Mintalah apa yang anda mahu dan jangan
malu-malu kerana anda sedang meminta dari Allah Yang Maha Kaya. Mintalah secara
specific seperti nak pergi Haji, Anak yg soleh,....
8. Perbanyakkan solat taubat untuk
memohon keampunan daripdanya diatas segala kelalaian dan kesilapan yg kita
telah lakukan.. bertaubat tidak mahu buat lagi perkara-pekara mungkar tersebut.
9. Baca dan hafal doa utk bertemu
dengan Lailatulqadar... Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'affu'anni....
Ya Allah, Kaulah Maha Pengampun dan Pemberi Ampun maka ampunkanlah aku...
10. Mohon kepada Allah swt utk memberi
kamu malam Lailatulqadar dan menerima segala ibadat kamu..
Jika anda rasakan ia tips yg bagus,
amalkanlah ia dan sharelah ia..
~ Tips Dari Fidtri
Yahya~
No comments:
Post a Comment