Hari
yang memenatkan. Hari ini hari sukan anakku Rania Zara dari pagi sampai
tengahari. Tenaga sudah berkurangan
disebabkan cuaca panas tanpa angin.
Walaupun penat tetapi seronok dapat tengok anak-anak bersukan. Terpancar
keseronokan diwajah para ibubapa sambil mengamabil gambar. Disediakan makan dan
minum serta beberapa acara sampingan untuk ibu dan bapa serta juga acara teka
teki. Pelbagai hadiah disediakan untuk pelajar, ibu dan juga bapa.
Saturday, 21 June 2014
Hari Sukan Dan Hari Keluarga
Teks: Roszila Ibrahim
Saya tidak dapat
joint acara untuk para ibu disebabkan anak kedua Rayyan Zafran tidak sihat. Suami pula tidak dapat hadir
diacara tersebut disebabkan tuntutan kerja. Walaupun rumah hijau yang diwakili
oleh Rania Zara tidak mendapat tempat pertama tetapi anak seronok dapat hadiah untuk
dibawa balik dan juga dapat cabutan bertuah. Bagusnya hari sukan dan hari
keluarga ini dapat berkenal-kenalan sesama ibubapa pelajar dan dapat merapatkan
hubungan silaturahim
Friday, 20 June 2014
Mudah Disediakan Dan Enak Dimakan
Teks: Roszila Ibrahim
Foto: Google
Pada masa ini, orang akan tinggal di dunia yang pantas. Setiap orang mahukan perkara-perkara yang menjadi cepat dan akan siap dalam sekelip. Maka tidak hairanlah mereka tiada masa dalam penyediaan makanan. Oleh itu, sesuatu produk yang diperlukan bagi mengatasi masalah ini cuma sebagai penguna atau pembeli kena pandai memilih. Di antara produk:
Foto: Google
Entri kali ini adalah
mengenai keadaan masa kini yang menutut sesuatu yang cepat dan pantas. Dewasa kini,
banyak produk sedia untuk dimakan (ready to make) terdapat di pasaran dari
produk makanan bayi hingga ke dewasa. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan yang
begitu pesat sekali. Kini, masyarakat sibuk dengan pelbagai aktiviti contohnya
muda mudi, pelajar dan pasangan yang berkahwin kedua-duanya berkerjaya dan
memerlukan makanan dan minuman yang sedia untuk dimakan dengan cepat.
Pada masa ini, orang akan tinggal di dunia yang pantas. Setiap orang mahukan perkara-perkara yang menjadi cepat dan akan siap dalam sekelip. Maka tidak hairanlah mereka tiada masa dalam penyediaan makanan. Oleh itu, sesuatu produk yang diperlukan bagi mengatasi masalah ini cuma sebagai penguna atau pembeli kena pandai memilih. Di antara produk:
Thursday, 19 June 2014
Petua Nenek Moyang (Kebaikan Bedak Sejuk)
Teks: Roszila Ibrahim
Di antara bedak sejuk yang pernah saya gunakan.
Hari ini saya hendak kongsikan petua nenek moyang dahulu yang
masih diguna pakai sehingga hari ini iaitu kebaikan dan kelebihan pakai bedak
sejuk. Sebenarnya saya tidaklah beriya- ia sangat beli macam macam
produk kecantikan ni. Cumanya setiap malam saya pakai bedak sejuk. Apa yang bagusnya bedak sejuk ini boleh dipakai oleh semua peringkat tanpa mengira umur dan jantina Jadi
eloklah kita pakai bedak sejuk untuk menjaga kecantikan. Kalau
hendak jaga muka tanpa berbelanja lebih dan lebih elok guna produk yang
nutral daripada mengunakan produk yang banyak bahan kimia. Banyak kelebihan dan
kebaikan memakai bedak sejuk. Di antaranya:
1. Melicinkan kulit
2. Memberi kesegaran kepada kulit
3. Mengurangkan penghasilan minyak di kulit muka
4. Menanggalkan sel kulit mati
5. Membantu menyejukkan kulit ketika terkena chicken
pox
6. Membersih dan menegangkan wajah
7. Membantu pengecutan jerawat
8. Menghilangkan ruam pada bayi
9. Memutihkan kulit
10. Mengecilkan liang roma
1
Wednesday, 18 June 2014
Ikan Merah Stim Limau
Teks: Roszila Ibrahim
Untuk entri kali ini
saya ingin kongsikan resepi Ikan Merah Stim Limau. Selain ikan siakap, ikan
merah juga menjadi kegemaran seisi keluarga. Sebenarnya apa jua jenis ikan
memang boleh dimasak dalam pelbagai resepi seperti tiga rasa, goreng, masak
merah, gulai dan lain-lain lagi mengikut selera masing-masing. Bak kata orang
tepuk dada tanya selera. Cara untuk memasak resepi ini lebih kurang sama saja
dengan resepi ikan stim yang lain yang beza cuma letak limau. Setiap orang
punya citarasa berbeza dan ikut kretiviti hendak letak apa dalam masakan kita.
Ikan Merah Stim Limau express, senang masak pakai pemangang ajaib.
Bahan-bahan(seisi
keluarga)
- - Seekor ikan merah
- - Halia di hiris nipis
- - 2 batang serai dimayang
- -1 biji bawang besar dihiris
- -3 biji bawang putih
- -1 batang saderi di potong serong
- -Lobak merah potong ikut suka
- -Sedikit cili padi
- -2 batang lada merah potong ikut suka
-
-Daun ketumbar
- -2 sudu sos tiram
- - Limau diambil jusnya
- - Garam dan gula secukup rasa
- - ½ air
Cara-
cara
1 -Letak ikan ke dalam pemangang ajaib
2 - Taburkan bawang besar, bawang putih,
serai, cili api dan halia.
3 -Panaskan Pemangang ajaib dan letakkan ½ cawan
air atau ikut suka berapa banyak
4 -Masukkan sos tiram, gula, garam secukup
rasa dan perahan limau nipis (ikut suka)
5 -Tutup seketika dan masak dengan api
sederhana
6 -Bila sudah separuh masak masukkan lobak
merah, lada merah, batang sederi tutup seketika.
7 -Bila sudah masak tabur daun ketumbar
bagi wangi.
Tuesday, 17 June 2014
Matlamat Hidup
Teks: Roszila Ibrahim
Setiap orang menuju ke destinasi masing-masing, sama
seperti hidup. Setiap orang mempunyai matlamat,
bezanya cepat atau lambat, senang atu berliku untuk mencapai matlamat tersebut.
Hidup kita semua perlu ada matlamat. Matlamat pula haruslah jelas. Bukan hanya
ikut telunjuk dan kemahuan orang lain. Berfikir panjang sebelum melakukan
sesuatu. Mengapa pentingnya
matlamat? Matlamat merupakan satu-satunya cara untuk berjaya dalam apa jua.
Matlamat hidup saya sudah pasti ingin
berjaya dunia dan akhirat. Di dunia ingin menjadi seorang surirumah yang
berjaya seperti diimpikan dan mendapat keradhaan daripadaNYA. Tiga pekara udah
untuk mencapai matlamat hidup:
1. Ikhlaskan niat kita dalam melakukan sesuatu perkara kerana Allah
2. Fikirkan kejayaan yang bakal diperoleh, hasil daripada
usaha yang dilakukan beserta tawakal yang kuat kepada ALLAH. Secara tidak
langsung, ini akan menjadi suntikan ke arah kecemerlangan anda.
3. Jangan terlalu masukkan perkara-perkara negatif yang bakal kita hadapi ke dalam minda
kita. Kesemua ini akan menjadi batu penghalang besar kepada pencapaian matlamat
hidup kita.
Selamat maju jaya untuk anda semua!
Monday, 16 June 2014
Gagal Bukan Selamanya
Teks: Roszila Ibrahim
Setiap dari kita pasti pernah merasai gagal tetapi kegagalan
yang di rasai oleh setiap insan adalah berbeza-beza. Begitu juga saya, semasa
habis belajar minta kerja yang saya minat tetapi tidak berjaya. Alahamdulliah dapat
kerja di sebuah bank. Sebelum ini berniaga tapi kurang berjaya ini kerana kurangnya
ilmu. Walau bagaimanapun saya tidak berputus asa dan ianya bukan penamat buat
saya. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah itu akan muncul dengan
bersebab. Oleh itu, buanglah sikap mengeluh serta berputus asa kita. Gagal itu satu anugerah dan
rahmat dari Allah SWT kepada mereka yang terpilih sahaja
Gagal memberi peluang untuk kita menilai diri dan mencari
sebab kegagalan itu. Kita semua mempunyai peluang untuk menebus balik kegagalan. Gagal
juga sebagai satu pengalaman hidup yang mematangkan seseorang dan menjadi pendorong
untuk kita menjadi lebih baik dan berjaya pada hari akan datang. ‘Belajar dari kesilapan’ dan ‘Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk
selamanya’ itulah di antara kata-kata pujangga
yang selalu kita dengar kepada mereka yang sedang kecewa dalam menempuhi
kegagalan sesuatu perkara. Ia benar setiap saat adalah peluang bagi kita.
Pilihan terletak di dalam genggaman diri kita sendiri. Masa
berlalu sangat pantas dan sentiasa mencumburui kita. Kejarlah masa untuk
menentukan kejayaaan atau kebahagiaan dunia dan akhirat kita. Kemampuan seorang yang pernah
menghadapi kegagalan dapat membimbing serta menasihati orang yang gagal.
Elakkan diri kita dari mengeluh dan berputus asa di atas kegagalan yang kita
hadapi. Mintalah doa kepada Allah SWT yang tidak putus-putus mendengar
pemohonan hamba-Nya. Kejayaan itu milik semua
insan.
Sunday, 15 June 2014
Hari Bapa
Teks: Roszila Ibrahim
Dikesempatan ini saya ingin mengucapakan hari bapa khusus untuk abah saya Ibrahim bin Jaafar dan bapa mertua Mohd bin Ismail semoga diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta dirahmati oleh Allah swt. Tidak dilupakan juga buat suami tercinta Mohd Zulkifli bin Mohd bapa kepada dua cahaya mataku. Pengorbanan bapa tiada tolok bandingannya mahupun diganti dengan harta yang mencurah-curah.
Happy
Father’s Day 2014 diucapkan kepada kaum lelaki yang sudah bergelar seorang
ayah. Hari bapa diraikan pada minggu ketiga ahad pada bulan Jun 2014. Oleh itu,
tarikh rasmi Hari Bapa 2014 di negara ini jatuh pada 15 Jun 2014. Pengorbanan,
jasa dan kasih sayang seorang bapa juga adalah sangat penting dan perlu
dihargai oleh setiap insan yang bergelar anak.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapakan hari bapa khusus untuk abah saya Ibrahim bin Jaafar dan bapa mertua Mohd bin Ismail semoga diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta dirahmati oleh Allah swt. Tidak dilupakan juga buat suami tercinta Mohd Zulkifli bin Mohd bapa kepada dua cahaya mataku. Pengorbanan bapa tiada tolok bandingannya mahupun diganti dengan harta yang mencurah-curah.
Berbakti
kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan
pada hari-hari tertentu sahaja. Biar tinggi mana pun kejayaan kita hargailah
mereka yang berkorban untuk kita. Jadikanlah panduan ini untuk kita menyayangi
insan yang benama ibu dan bapa:
- - Lemah-Lembut Semasa Berbicara
- - Gembirakan Hati Mereka
- -Doakan Mereka
- -Hubungi Mereka Walau Di Mana Kita Berada
- -Hargai Pada Hari Lahir
- -Bawa Mereka Melawat Saudara Mara Dan Kawan Lama
Subscribe to:
Posts (Atom)







