Tuesday, 8 July 2014

Cara Menjemput Rezeki

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Google

Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki. Di antaranya:

1. Bersedekah
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan. Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki barkah yang banyak

2. Berdoa
Berdoa  menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian-Nya. Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.

“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib. Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.

Banyak lagi tips yang boleh dikongsi selain daripada di atas seperti membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar, menjauhi maksiat, berbakti kepada ibu bapa, berbuat baik dan menolong orang yang lemah, berselawat, menjalinkan silaturahim, bersyukur kepada Allah dan banyak lagi.  Pendek kata bagi orang islam untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya kuncinya adalah buat amalan-amalan taqwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hambanya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian- NYA.
---------------------------------------------------------------------------------------
Akademi bekerja di rumah bukan sistem skim cepat kaya. Pelaburan sekali duduk diam je dapat hasil, tapi pelaburan sekali duduk goyang kaki dengan usaha update blog, updAte status fb, berjualan online baru dapat hasil. Macam kita buka kedai runcit, kalau tutup mana ada orang nak datang beli. Kalau buka pasti ada pembeli singgah beli barang di kedai kita. tak beli pun, paling tidak lalu sambil survey barang
siapa usaha pasti dia dapat hasilnya.
Daripada kita asyik scroll new feed fb, baik update sesuatu yang boleh datang kan hasil.
Mahu mula pengurus online akademi - mula belajar hasilkan blog dan perkenalkan kelas anjuran akademi dan produk digital.
Mahu produk fizikal boleh sertai mana-mana dropship pilihan ABDR.
Pendaftran masih dibuka, kami merai 1000 penyertaan ramadhan ini.
Alhamdulillah, tak sungguh tak cerita. Sudah ada barisan pengurus online yang pandai mendapat RM100 untung bersih. Nak seribu daya, tak nak pelbagai halangan yang datang tak berani nak tempuh.

Bagi kalian yang sudah sedia untuk bermula, boleh mula daftar melalui saya:

add saya di facebook : https://www.facebook.com/roszilaibrahim 

Sunday, 6 July 2014

Jangan Pandang Belakang

Teks: Roszila Ibrahim

TIADA DAYA UPAYA DAN KEKUATAN MELAINKAN ATAS KEKUATAN DAN BANTUAN DARIPADA ALLH SWT. Setiap orang mempunyai kegagalan atau kesilapan di masa lalu. Begitu juga dengan saya, pernah terlibat dalam bisnes tapi kurang berjaya. Untuk berjaya, kita perlu belajar dari masa lalu dan hargai pengalaman sukar yang telah dilalui tetapi jangan memikirkannya. Kita perlu maju ke hadapan dan buat yang lebih baik, Buat keputusan yang lebih bijak dan jadikan pengalaman lalu sebagai ikhtibar. Hidup memang begini, ada pasang surut. Ada susah senang. Ada naik turun. Ada jatuh bangun. Oleh itu, bangkitlah dan bertindaklah dari sekarang. Tunggu dan lihat bukan jalan penyelesaian. TINDAKAN impak paling berkesan. Insya Allah.
Selamat datang pelajar Julai, kami raikan 1000 penyertaan ramadhan ini. Bergabung bersama kami, 780 blog di akademi bekerja di rumah. Kumpulan sokogan para suri untuk bergelar wahm dan tambah duit poket hasil usaha sendiri.
Pilihan kelas di ABDR 
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas telekung solat borong dan runcit
7. Kelas asas wordpress
8. Kelas mula bisnes makanan sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan 750 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah.

Bagi kalian yang sudah sedia untuk bermula, boleh mula daftar melalui saya:

Saturday, 5 July 2014

Khusyuk / Fokus Kunci Kejayaan

Teks: Roszila Ibrahim

Khusyuk? Dengan bahasa mudahnya ialah menumpukan sepenuh perhatian. Dengan kata lain ialah fokus. Berapa ramai daripada kita yang mampu bertahun untuk fokus dalam jangka masa yang panjang tetapi ramai yang mengalami kebosanan dan hilang tumpuan. Kunci kejayaan di dalam apa jua pekara adalah FOKUS  & belajar untuk perbaiki serta kuasai bidang kepakaran yang mahu dikuasai. Be the best satu bidang adalah lebih bagus dari cuba jadi terbaik. Semua antara kita pasti mempunyai angan-angan, azam, cita-cita atau apa jua perkataan lain yang membawa erti yang hampir sama. Kita ingin mencapai sesuatu, tidak kira sama ada kekayaan, kebahagian, kecintaan, kerohanian dan pelbagai lagi. Semuanya pasti boleh dicapai sekiranya kita berusaha kearah tersebut.
Namun begitu, dalam pada kita berusaha ke arah tujuan yang ingin kita capai tersebut, ada kalanya kita terpesong di pertengahan jalan, fokus kita hilang, jika sebelum ini ingin mendapatkan kecintaan, kita terpesong pada perkara lain. Ini memang seringkali terjadi, apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi, adalah sentiasa mengingatkan diri sendiri. Sebenarnya di dalam islam sendiri kita semua telah dilatih oleh Allah s.w.t untuk khusyuk atau fokus dalam apa jua kerja yang kita lakukan. Khusyuk dan fokus adalah antara rahsia dan kunci kejayaan.

JOM KITA MULA BERTINDAK SEKARANG

>>Mulakan dengan percuma, fan page, blogspot, produk dropship. Ini tiga yang sangat asas yang boleh dimulakan. 

1) Fan Page adalah sebagai kedai online dan cara yang sangat efektif untuk menjual dan terus kepada pelanggan.

2) Blogspot. Blog sangat sesuai untuk titik mula kalian mencari pelanggan. Ya blog adalah salah satu cara memperkenalkan diri kepada pelanggan, bina khalayak pelanggan kalian sendiri. Ada berjuta-juta rakyat Malaysia, kalian hanya mahu 3K hingga 5K pertama pelanggan setia.

3) Dropship. Tidak perlu ada produk sendiri, mulakan dengan produk yang sudah ada. 

Ok, untuk 1,2,3 mudah sahaja, jika buntu ada 1 hingga 16 langkah sahaja bermula dengan analisa. Kami tawarkan melalui kelas online fan page dan blogspot.

Lebih mudah jika mendaftar kelas bisnes di akademi bekerja di rumah, sudah lengkap dengan produk. Hanya pilih nak berjualan produk apa. Telekung solat, makanan sunnah, bisnes raya atau sebagai pengurus online akademi.

Mudah. Hanya perlu daftar. 
PM saya jika sudah bersedia : )

Friday, 4 July 2014

Pentingnya ilmu Pengetahuan

Teks: Roszila Ibrahim
Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa ilmu pengetahuan, kita ibarat orang buta tanpa tongkat. Ilmu pengetuhuan yang kita miliki haruslah selalu ditingkatkan.  Kata orang bijak pandai, ‘ilmu pengetahuan lebih penting dari harta’. Ilmu pengetahuan tidak akan habis, kalau  harta itu akan habis. Dengan adanya ilmu pengetahuan akan mempermudahkan kita dalam menjalani kehidupan. Kedudukan serta martabat orang yang bermulia diangkat dan diletakkan di tempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat sesorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat.

Tips asas blog, meninggalkan nama kita pada jejak google dan memudahkan carian pelanggan. Pelanggan suka beli melalui usahawan online yang dikenali, ini sangat penting bagi suri yang sangat baru dan baru membina tapak untuk jualan online.

Analisa asas sebelum memulakan create blog, mula dengan penjenamaan email
Tips jejak google:

1. Nama kita sebagai penjenamaan 
2. Email juga penjenamaan 
3. Blog
Tiga perkara di atas sangat penting membina tapak kita dalam carian google
sekarang letak nama masing-masing, sudah timbul atau belum
Jangan letak nama pelik-pelik, nama kitalah yang perlu kita jenamakan dan pasak dalam carian google
Perkara pertama sebelum create blog, daftar dahulu email berdasarkan nama sendiri mengikut ic.
Boleh daftar mana-mana kelas berikut.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas telekung solat borong dan runcit
7. Kelas asas wordpress
8. Kelas mula bisnes makanan sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan 750 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah.

Bagi kalian yang sudah sedia untuk bermula, boleh daftar dan pm saya. Kami bersedia membantu. Hubungi saya untuk sertai mana-mana kelas pilihan  di ABDR.

Thursday, 3 July 2014

Entri ke 44

Teks: Roszila Ibrahim
Entri ke 44
Alahamdulillah. Sedar tak sedar hari ini genap tugasan  entri ke 44 yang ditugaskan di dalam kelas sebagai pengurus online akademi yang dikelolai oleh Pn Anys Idayu zakaria. Saya pun tidak menyangka begitu cepat masa berlalu. Saya mula belajar pada pertengahan bulan Mei dan pada 3/7/2004 genaplah entri ke 44. Pelbagai topik entri saya buat dan ianya bukan satu usaha yang mudah. Sebelum ini saya tidak pernah mempunyai blog dan tidak tahu menulis entri. Tetapi setiap idea dalam menghasilkan entri adalah datang dari yang Maha Esa. Segalanya dipermudahkan. Oleh itu, gunakan masa yang ada untuk merealisaikan impian kalian kerana masa bergerak pantas, tidak menunggu sesaat pun.
Bagi yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online di ABDR.
  
* Hanya daftar dengan yuran RM200 - yuran pendaftaran pengurus online akademi

* Bonus 4 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan)

*Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga
*Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.
Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan. 

untung bersih dengan hanya mempromosi produk akademi. Ini bukan omongan kosong, kerana sudah ada pasukan pengurus online akademi yang beroleh hasil seperti ini. Tapi dengan syarat utama, ikut apa yang telah diajar, mula praktik, mula promosi, dan yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.

Segala pertanyaan boleh terus melalui saya:
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim 


Wednesday, 2 July 2014

Kisah Teladan Sepanjang Zaman

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Ebook SUPER WAHM SUPER MOM 

Suka saya kongsikan seperti kata penulis Pn. Masayu Ahmad, ‘selagi mana wanita itu bergelar ibu, isteri rumahlah tempat terbaik untuk kita.  Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah.  Sesuai dengan fitrah dan tuntutan Al-Quran dan sunnah.  Kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung’.    Di sini saya ingin kongsikan satu kisah teladan sepanjang zaman. pengorbanan ibu di rumah sangatlah besar.

Pada suatu hari, Rusulullah s.a.w menjenguk Fatimah yang sedang menggiling tepung. Pada ketika itu anak sedang menangis, maka Rusullullah bertanya sebabnya.

Fatimah menyatakan, dirinya menangis kerana kepenatan menjalankan tugas sebagai surirumah, Fatimah mengadu kepada ayahnya bahawa dia ingin sekali mempunyai seorang pembantu yang boleh meringankan bebannya melaksanakan kerja rumah.

Mendengar kata-kata dan permintaan anaknya itu, Rusulullah berkata. “Sesungguhnya Allah ingin mencatatkan kebaikan, menghapuskan keburukan dan mengangkat darjatmu jika engkau menunaikan tugas-tugas sebagai seorang isteri.”

Rusulullah bersabda lagi bahawa seorang wanita yang dapat berperanan sebagai isteri yang baik bagi suaminya, serta sebagai ibu yang baik bagi anak-anak, maka Allah akan memberi darjat yang mulia. Baginda juga bersabda, seorang ibu yang meletakkan minyak di rambut anaknya dan kemudian menyikatkan serta mencuci pakaian mereka, maka pahala yang diperolehi adalah seperti amalan memberi makan kepada seribu orang lapar, dan memberi seribu pakaian kepada orang yang tidak mempunyai pakaian.

Cukup besar kasih sayang Allah kepada wanita dan sekiranya dilakukan dengan ikhlas mereka mendapat pahala berganda di sisi Allah s.w.t.

Nasihat yang diberikan Rusulullah kepada Fatimah itu, seharusnya dijadikan ikhtibar terbaik kepada kaum wanita yang bergelar isteri dan ibu. Maka bergembiralah bagi kita yang memilih untuk berada di rumah dan mengembalikan peranan tradisional wanita malah ia adalah tugas terbaik yang dinyatakan dalam Al-Quran. Jelaslah menunjukan wanita yang menguruskan rumahtangga adalah tinggi nilainya di sisi Allah.

Jadi bagi wanita yang bergelar suri rumah sepenuhnya janganlah kalian berasa rendah diri. Tidak kira apa pun jawatan dan tugas yang kita lakukan, selagi kalian bergelar wanita, isteri dan ibu kepada anak-anak, suami dan keluarga adalah tinggi nilainya sisi Allah. Bagi mendapat lebih banyak kisah-kisah menarik boleh dapatkan Ebook SUPER WAHM, SUPER MOM. Ebook ini berkongsi banyak tentang cara dan tip mengurus rumahtangga serta keluarga.  Tips urus tenaga yang super sibuk dengan tugasan harian serta anak-anak yang memerlukan perhatian setiap masa. 

Ebook ini memang sangat sesuai dijadikan bahan bacaan motivasi supaya kalian sentiasa  bersemangat dan tidak cepat putus asa walau pelbagai cabaran yang hadir.  Jika rasa tidak bersemangat, bacalah ebook ini.  Insya Allah jika kita baca dengan hati yang ikhlas kerana untuk mendapat semangat baru, pasti Allah buka pintu hati kita. 

Amalkan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar ketika mahu tidur.  Hilang segala kepenatan dengan limpahan kasih sayang Allah. Antara zikir yang dikongsi oleh penulis seperti yang disarankan oleh Rasulullah kepada salah seorang isteri baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga.

Banyak lagi panduan yang boleh diperolehi dalam ebook SUPER WAHM, SUPER MOM ini. Untuk mendapatkan ebook SUPER WAHM, SUPER MOM boleh hubungi
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim 





Tuesday, 1 July 2014

Ciri- Ciri Blog Berpengaruh

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Ebook Belajar Asas Blog

Hari ini saya ingin berkongsi ciri-ciri blog berpengaruh. Sangat sesuai untuk dibaca bagi mereka yang memiliki blog, yang ingin belajar buat blog dan untuk memperbahari blog. Ianya sangat membantu untuk saya yang masih baru dalam dunia blog. Terdapat  beberapa tip dan cara membina blog berpengaruh yang disukai pembaca. Antara ciri-ciri blog berpengaruh:

1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
Blog mesra pembaca adalah blog yang tidak ada gangguan. Blog yang penuh informasi, sangat memberi pengaruh yang besar kepada pembaca datang dan datang lagi. Jangan sesekali memasukkan elemen-elemen dengan menyatakan bahawa blog cantik adalah blog yang suka dibaca. Itu tidak benar. Blog yang tidak terlalu cantik, tetapi pengisian yang bagus itulah yang suka dibaca. Jangan sesekali menodai blog sendiri, seperti meletakkan gajet yang tidak sesuai seperti muzik, grafik, bling-bling yang melambatkan proses ‘loading’ dan menganggu pembaca.

2. Sentiasa ada entri baru dan segar
Selalu memasukkan entri baru, segar dan bermotivasi. Ia menjadikan blog aktif dan ia dikunjungi pembaca tegar. Beri info dan fakta baru. Pada masa yang sama ia menjadikan satu rutin aktif ulangan pembaca.

3. Entri penyelesai masalah
Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jensi resipi yang dimahukan. Manakala tips-tips mudah didapur menjadikan blog tersebut sebagai pembantu masalah di hujung jari. Begitu juga blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.

4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
Kisah kita kadangkala kita malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu pengalaman benar adalah kisah teladan realistic. Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama, apabila membaca satu-satu kisah, ia dapat mengubah pandangan dan memberi pengajaran dalam satu sisi yang lain. Maka tulis dan kongsi pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.

5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
Bagi penulis blog tegar, berupaya menjadikan pembaca datang dan datang lagi. Ini tidak dicapai dalam satu hari. Penulis blog yang konsisten berupaya menjadikan blognya sebagai satu ketagihan kepada pembaca.

 6. Blog yang menjadi rujukan khusus
Blog khusus yang menjadi rujukan. Blog sebegini penuh informasi dan mencapai tahap menyentuh setiap aspek kategori dalam fokus blog yang ditulis.


 7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
Blog berinformasi, jujur dalam penyampaian membuatkan pembaca ternanti-nanti. Ia bukan penulisan syok sendiri, tetapi sangat telus dalam penyampaian.

 8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga.
Sangat berbeza blog yang kurang dikunjungi dengan blog yang suka dikunjungi. Jagalah penulisan, gunalah Bahasa Melayu formal, walaupun santai elemen ini masih menjadi dan satu tarikan kepada pembaca.

 9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
Blog penyelesai masalah dan informasi sangat berpotensi untuk dijadikan wang. Ia boleh dijual sebagai ebook, atau blog tersebut sebagai agen pemasaran online terhebat. Entri boleh diselit dengan promosi produk. Gaya bersahaja semasa penyampaian, menjadikan pembaca tetap akan mudah terpengaruh untuk membeli. Jika sudah sampai ke tahap ini, tukar pembaca kepada pembeli pula.

 10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
Inilah yang digemari pemilik blog yang aktif. Bagi yang mempunyai pembaca tegar, dengan sendirinya akan mudah menjadi pelanggan. Pelanggan itu pula bertukar sebagai pelanggan setia. Binalah hubungan baik dengan pembaca jangan dibiarkan blog sepi tanpa entri dan bawakan sesuatu yang segar setiap hari


Banyak lagi tips yang boleh diperolehi dalam ebook belajar asas blog ini. Untuk mendapatkan ebook belajar asas blog boleh Hubungi
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim