Saturday, 19 July 2014

Duniawi Dan Akhirat

Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Sekejap je masa berlalu, Ramadhan semakin meninggalkan kita, syawal bakal menjelang tiba. Tema saya sekeluarga tahun ini warna hijau, tetapi masih tiada persiapan lagi. Baju raya pun tidak beli lagi. Insyaallah esok akan membeli persiapan raya dan saya sekeluarga hanyalah membuat persiapan raya sederhana sahaja. Saya pasti semua orang sudah siap dengan segala persiapan raya. Kini, kita mulai melangkah masuk ke fasa yang ketiga, 10 hari terakhir kita di bulan Ramadhan. Fasa ketiga di bulan Ramadhan ini terlalu besar ganjarannya. Selain menggandakan amalan, sudah pastinya buruan utama kita adalah mendapatkan 'Malam Lailatul Qadar' - malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Fasa ke 3, inilah pula terlalu banyak godaan dan cabaran antara duniawi atau akhirat yang harus kita tempuhi. Segalanya bergantung kepada diri kita sendiri yang mana satukah menjadi keutamaan kita. Pilihan ditangan kita. Inilah cabarannya dan dugaan hari terakhir di bulan Ramadhan. Tepuk dada tanya iman. Ingatan untuk diri sendiri juga. Kedua-duanya kita perlukan. Pendek kata,  kesibukan duniawi juga berganda di fasa ketiga, 10 hari terakhir Ramadhan ini.  Keuntungan berlipat kali berganda ini mesti direbut kerana bukan selalu dapat peluang sebegini, hanya setahun sekali. Oleh itu, kita haruslah perlu bijak menguruskan tugas dan masa.

Fasal ke-3 inilah selalunya kita akan sibuk dengan urusan dunia. Sibuk untuk membuat persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba. Rumah perlu dicuci dan dihias indah. Kelengkapan lama perlu ditukar baru. Pakaian raya perlu disediakan dan juadah raya juga mesti disiapkan dan pelbagai lagi kesibukan disaat akhir sebagai persiapan untuk menyambut hari lebaran. Selain itu, shopping kompleks semakin sesak dengan pengunjung tanpa putus, maklumlah pelbagai jualan murah turut diadakan untuk menarik pelanggan. Tidak kurang juga promosi online kian rancak. Bagi yang terlalu sibuk pastinya membeli secara online lebih mudah, senang, jimat masa dan jimat tenaga. Begitu juga dengan peniaga dan pengusaha, sibuk menyiapkan segala tempahan dan melayan pelanggan yang hadir berganda.

Sekiranya urusan duniawi telah diselesaikan awal eloklah lebihkan tumpuan kita kepada urusan akhirat. Jangan kita tewas oleh godaan hawa nafsu dan kemewahan duniawi  kerana ianya hanyalah nikmat sementara. Bersama kita meningkatkan amal dan ibadat di fasa ketiga, 10 hari terakhir Ramadhan ini. Rebutlah peluang dan ganjaran berlipat ganda yang hanya muncul setahun sekali ini kerana kita tidak akan tahu sama ada kita masih dapat berpeluang menikmati lagi bulan Ramadhan ditahun hadapan. 






Friday, 18 July 2014

Tips Promosi Dan Pemasaran

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Ebook

1.     Cari produk atau perkhidmatan yang laris- Ini akan memudahkan kerja-kerja promosi dan pemasaran kerana produk yang dijual sentiasa mendapat permintaan yang tinggi  di pasaran.
2.      Hantar produk secepat yang mungkin- Sekiranya menggunakan kaedah secara online, pastikan produk tersebut dihantar secepat mungkin kepada pelanggan. Semakin singkat tempoh masa yang diambil, semakin mendapat tempat di hati pelanggan.
3.    Hantarkan bersama bonus yang lain- Menghantar produk pada masa yang sama memberi tawaran kad keahlian untuk mendapatkan diskaun untuk tempahan produk seterusnya.
4.    Layan pelanggan dengan hormat dan tahu menyelesaikan masalah mereka- Pelanggan adalah penting kepada bisnes. Setiap aduan dan masalah pelanggan perlu ditangani dengan baik. Masalah pelanggan menentukan tahap kecekapan dan kelancaran bisnes yang diusahakan.
5.      Jual produk yang diyakini. Setiap kali pelanggan melihat produk, ia kelihatan menyakinkan, berkualiti dan harga patut pada barangan yang ditawarkan.
6.  Tetapkan matlamat- Tetap dengan matlamat dengan menjual produk atau perkhidmatan berdasarkan permintaan pelanggan. Tetapkan matlamat menjual produk yang bukan sekadar mengaut keuntungan semata-mata, tetapi tidak mengabaikan etika jurujual dan bisnes yang betul.
7.      Menjual sebanyak yang mungkin- Dengan matlamat sasaran jualan, ada sasaran yang perlu dicapai setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Juga mencapai jualan tertinggi mengikut pelan promosi yang sedang dirancang. Sentiasa peka dengan perkembangan dan trend semasa.
8.    Gunakan kaedah pos yang diyakini- Sudah banyak pengusaha bisnes yang menjadikan jualan secara online sebagai salah satu cara untuk meningkatkan jualan. Tahu dan kuasai sistem gaya pos yang sesuai, selamat dan cepat.
9.      Bonus dan hadiah- Untuk menarik perhatian pelanggan baru dan juga pelanggan setia, sesekali memberikan hadiah percuma. Pelbagaikan jenis hadiah, walaupun murah ia pasti sangat dihargai pelanggan.
Semoga mendapat manfaat dengan perkongsian ini. Bagi yang ingin memulakan bisnes dan mengetahui lebih banyak tentang bisnes dapatkan ebook MulaBisnesButikOnline/Offline

Email: roszilaibrahim@gmail.com

FB    :roszilaibrahim..sms/whatsapp: 01129605770

Thursday, 17 July 2014

Akademi Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum wbt.

Adakah anda berminat untuk mempunyai blog anda sendiri? Di Akademi Bekerja Di Rumah, kami menawarkan kelas-kelas online yang anda boleh ikuti dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Kelas- kelas Yang Ditawarkan ABDR
1.     Kelas Asas Blog dan Penulisan
2.      Kelas Asas Blog dan Fanpage Mula Bisnes
3.      Kelas penulisan kreatif
4.      Kelas penulisan ebook pertama
5.       Kelas akaun wahm, sahm, soho, bisnes kecil
6.      Kelas asas wordpress
7.      Kelas beriklan mudah.my
8.     Tempahan blog bisnes - 5 hingga 7 hari siap
9.    Beriklan di sohodirectory dengan pautan hampir 800 blog

Matlamat utama
1.   Memberi pencerahan dan ruang kepada suri rumah yang baru mengenal dunia online terutama tentang blog, fan page dan sebagainya.
2.    Kelas Asas Blog dan Fan page, khusus kepada mereka yang 'zero knowledge' tentang urusniaga online. Sebagai permulaan awal, membina Kedai online dan latihan urusniaga. Selepas boleh berdikari dengan belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang lain yang lebih meluas dan membina rangkaian bisnes sendiri. ABDR adalah sebagai trek pemula, sebagai langkah awal bagi mereka yang benar-benar zero tentang bisnes dan urusniaga online.
3.    Kelas Asas Blog dan Penulisan pula untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian Google.

Bagaimana Kelas ini dijalankan
1.   Tutorial dijalankan sepenuhnya secara online. Oleh itu, kelengkapan yang perlu ada ialah komputer/ laptop/ tablet/ smartphone dan talian internet.
2.   Komunikasi adalah secara one to one ( personal coaching) dengan guru online. Sebarang pertanyaan dan rujukan boleh diajukan melalui pm di Facebook atau melalui group kelas.
3.   Jadual adalah fleksibel - ikut kelapangan masa masing-masing.
4.   Nota dan tutorial bergambar disediakan.
5.  Bonus 4  eBook rujukan.

Kelas ini dimana?
·    Kelas dijalankan hanya secara online. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.
Saya bekerja, tak ada masa
·    Kelas ini dijalankan secara fleksibel iaitu mengikut masa setiap protege itu sendiri.
·    10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
Saya tak ada produk sendiri
·    Produk disediakan oleh pihak akademi. Boleh join Rakan Niaga Akademi.
·      Jika sudah mempunyai produk sendiri, anda boleh belajar untuk menaikkan jualan.
Bila boleh pandai?
· Bergantung kepada berapa anda boleh siapkan tugasan yang diberi. Ada pelajar yang boleh siapkan tugasan dalam masa hanya 10 hari, 3 minggu, sebulan malah ada lebih lagi. Semuanya bergantung kepada usaha setiap pelajar itu sendiri. Lebih cepat tugasan disiapkan, lebih cepat boleh menjana pendapatan daripada blog, Facebook dan fan page.
Apa lagi manfaat dari ABDR?
· Jaringan dan perhubungan dengan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah dan suri berkerjaya.
·    Boleh berkenalan dan bertukar pandangan
·     Mempunyai kumpulan sokongan untuk mendapat semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.
·    Juga pertukaran jaringan antara blog boleh menarik aliran trafik ke blog kita.
Siapa yang boleh menyertai kelas ini
·    Surirumah
·    Suri berkerjaya yang ingin mencari pendapatan sampingan
·    Juga terbuka kepada kaum Adam





 # Anda boleh pilih mana-mana kelas yang sesuai untuk anda 
   Juga ada sebarang kemusykilan boleh hubungi:
   Email: roszilaibrahim@gmail.com
   FB    :roszilaibrahim..sms/whatsapp: 01129605770





Wednesday, 16 July 2014

Positifkan Diri

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Google

Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang Positifkan Kenyataan Diri. Saya memang tidak mengenali Dr Nora tetapi saya amat tertarik dengan entri Dr Nora Bakry kerana ada kena mengena dengan  diri saya dan mungkin kalian juga. Ada kalanya seolah-olah kita tidak bersemangat untuk melakukan apa- apa pada hari-hari tertentu.  Menurut Dr Nora Bakry, ini berpunca dari dari banyak sabab seperti stress, kecewa, bangang, keliru dan sebagainya. Perasaan yang berkecamuk seperti ini mudah membuat kita menangguh-nangguh tugas-tugas penting yang perlu disempurnakan. Sekiranya di beri pilihan, kita lebih rela berbaring dan bermalas-malasan tanpa berbuat apa-apa semata-mata nak melayan emosi yang tidak  karuan itu.
Kehidupan kita pada masa kini banyak tertakluk kepada faktor masa. Tempoh masa yang telah ditetapkan itu perlu dikejar walau apa pun tekanan atau permasalahan yang melanda emosi kita pada waktu itu. Terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk menangani keadaan ini. Misalanya sekiranya kita merasakan:
1.      Aku Tak Peduli – Jangan fikirkan langsung tentang tugas berkenaan. Sebaliknya, fikirkan fikirkan faedah atau keuntungan yang bakal anda selesai menyempurnakan tugas itu. Contohnya, sekiranya anda berasa malas untuk mencuci pinggan pada setiap hari, fikirkan keinginan anda untuk mendapatkan dapur yang bersih dan kemas, ini akan dapat mengikis sikap malas tadi.

2.      Kenapa Pulak Aku?- Sikap memberontak ini tidak akan ke mana. Tumpukan perhatian kepada matlamat akhir anda? Kenapa anda mahu melakukan tugas itu? Apa hasil yang anda ingin capai?

3.      Buat Yang Itu Lagi Best Kan?- Perkara lain nampak lebih menarik untuk dilakukan. Minda anda nampaknya cuba mengelat. Satu cara untuk mengelakkan ini berlaku ialah dengan berjanji kepada diri sendiri bahawa anda akan membuat pekara lain yang lebih menarik itu selepas anda selesai menyempurnakan tugas yang lebih utama itu terlebih dahulu.

4.      Aku Tak Pernah Buat Macam Tu! – Perkara baru memang menakutkan. Kita lebih gembira dan selesa melakukan pekara yang kita dah biasa buat. Anda perlu mencari seseorang yang sangat berminat dan gembira melakukan perkara itu untuk menceritakan pengalamannya kepada anda. Ini akan mendorong rasa ingin tahu anda untuk turut mencuba segala apa yang telah diceritakan kepada anda itu.

5.      Saya Tak Sukakan perubahan –Perasaan ini berkait rapat dengan ‘Aku Tak Pernah Buat Macam Tu’ itu tadi. Ia tak lebih dari alasan kepada perasan takut yang dialami. Apabila kita rasa takut, ia akan menjadikan kita mudah berpuas hati dan rasa selesa dengan apa yang sedia ada. Ini menyebabkan kita tidak muhu mencuba pekara yang baru.

6.      Aku Dah Selalu Buat Macam ni, Ok Je..!- Sikap berlengah-lengah menjadi semakin kronik apabila suka benar mengenang masa lalu dengan kaedah-kaedah usang yang dah tak releven tu. Tinggalkan sahaja cerita lama tu dan terus bergerak ke hadapan untuk langkah-langkah baru yang lebih positif.

7.      Adoi..! Banyak Nya Kerja Nak Buat!- Nampak macam banyak tapi sebenarnya sekiranya anda membuatnya pada masa yang sepatutnya ianya dilakukan, kerja itu akan menjadi lebih mudah. Lagi pun, nak berubah memanglah kena kerja keras sikit.

Orang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa berusaha dan bekerja keras. Sebarang tugas akan menjadi lebih mudah sekiranya kita telah mematuhi tata cara yang betul dan konsisten dalam melakukannya. Sebaliknya, ia pasti menjadi sukar jika kita berlengah-lengah atau tidak melakukannya langsung. Cuba tangani masalah ini dengan mengamalkan tindakan yang dicadangkan di atas tadi. Semoga kita semua dapat menukar tabiat pasif ini kepada amalan yang lebih berfaedah dan menguntung kita. Tertarik sangat dengan tulisan Dr Nora. Situasi di atas selalu terjadi pada diri saya. Ini akan menjadi panduan berguna untuk saya dan untuk semua.

********************************************************

Bergabung dengan kami lebih 400 blog. Setiap hari alhamdulillah kami menerima pendaftaran baru. Pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online-setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp://sohodirectory.blogspot.com/
10. Keterangan lanjut tentang kelas dan pakej yuran boleh baca di sini 
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Juga ada sebarang kemusykilan boleh hubungi:

Email : roszilaibrahim@gmail.com
FB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770

Tuesday, 15 July 2014

Keadah Pemasaran Yang Berkesan

Teks: Roszila Ibrahim
Gunakanlah apa sahaja kaedah pemasaran yang ada sekarang, mudah sahaja. Facebook, blog, fanpage.

Blog salah satu kaedah yang kita boleh promosi tanpa henti, saya pasti ramai yang sudah cuba menghasilkan blog sendiri tapi masih belum berjaya.

Mudah sahaja. Sertai kelas online blog yang kami anjurkan. Masa belajar sangat fleksibel dan sesuai untuk rutin harian kita yang sentiasa sibuk. Tak ada limit masa untuk belajar. Belajar dan terus buat blog bisnes yang anda mahukan.

Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini membantu kalian?:-
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksible, tanpa tekanan, tanpa terkejar-kejar. (^_^)

KOMITMEN.KESUNGGUHAN.FOKUS & KONSISTEN
Itu yang diperlukan.
==============================
Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah & projek duit raya
- dropship makanan sunnah & borong runcit telekung solat
- dropship makanan sunnah & produk islami
- pengurus online akademi (kelas online & produk digital)

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah :
Email : roszilaibrahim@gmail.com
FB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770

Monday, 14 July 2014

Bisnes Dropship

Teks: Roszila Ibrahim
Bagi yang tiada produk, mula dengan bisnes dropship juga salah satu cara lagi untuk menjana pendapatan.

Siapa yang sesuai untuk bisnes ini?

·                     suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
·                     suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
·                     anda yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos
Bisnes apa pun tetap ada risikonya. Tetapi dengan produk dropship tiada sebarang risiko jika kita betul-betul buat dengan sungguh-sungguh, fokus dan komited.

Risikonya hanyalah pembaziran masa. Kalau buat sambil lewa, tidak pernah promosi langsung, buat ala kadar memang kena tanggung risiko sendiri, rasa rugi sebab dah keluar modal untuk belajar.

Tapi kalau buat sungguh-sungguh, bila sudah berhasil pasti akan rasa seronok. Insha Allah.

Pilih antara kelas berikut:-

1. Dropship makanan sunnah dan projek raya
2. Dropship makanan sunnah dan telekung solat
3. Dropship makanan sunnah dan produk islamik

Bagi kalian yang sudah sedia untuk bermula, boleh mula daftar

Email : roszilaibrahim@gmail.com
FB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770

Sunday, 13 July 2014

Pengurus Online Akademi

RM200 untuk pendaftaran keahlian sepanjang hayat. Networking dalam dunia blogging dan facebook juga makin berkembang. Kenapa? Dengan jaringan daripada Pengasas Akademi, cikgu online dan rakan-rakan ABDR secara tak langsung membantu saya mempromosikan bisnes dan jaringan social media saya. Yang penting, konsisten dan mesti rujuk dengan Mentor. Seterusnya, mohon padaNya. Rezeki sikit atau banyak... cepat atau lambat, pasti ada.