Macam-macam
fenomena yang berkaitan makanan akhir-akhir ini. Al maklumlah, orang Malaysia
suka makan. Sekarang ini buka saje facebook penuh dengan status
Jeruk Mangga Asam Boi atau Jeruk Apple Hijau Asam
Boi. Tetiba sahaja laman sosial terutama facebook menayang jeruk mangga asam
boi masing-masing. Bermacam cara dan resepi serta teknik terbaik untuk mendapatkan
rasa yang hebat. Gambar mangga dan asam boi pun cukup buat orang terliur.
Memang sedap dan tidak perlu beli, lebih baik buat sendiri kerana cara atau
proses membuat buat jeruk ini sangatlah senang. Tidak pasti bila bermulanya
demam jeruk mangga ini dan siapa yang mengkreatifkannya, tiba-tiba meletop di
sana sini.
Seiring dengan
fenomena Jeruk asam Boi, satu
lagi fenomena zaman sekarang ialah Pisang Goreng Cheese dan dulu kecoh pasal
durian crepe. Kini goreng pisang cheese menjadi sebutan ramai. Walaupun
harganya agak mahal untuk satu bekas tapi rasa dan kuantitinya agak berbaloi
ditambah pula ada perisa sampingan seperti coklat, strawberry dan
beberapa lagi perisa. Ada yang membuat side income,untuk menambahkan
pendapatan. Apapun jangan lupa jaga makan.
----------------------------------------------------------------------
Bagi suri yang
masih tercari-cari idea untuk berbisnes bagi menambahkan pendapatkan boleh
mendapatkan ebook 101 Idea Home Based Bisnes. Dalam
Ebook ini memaparkan pelbagai jenis bisnes atau ketegori. Anda boleh dapatkan
Ebook ini dengan harga yang berpatutan iaitu RM 50.00 sahaja.
Untuk mendapatkan Ebook 101 Idea home Based Bisnes boleh Hubungi
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/roszila.ibrahim
No comments:
Post a Comment