Sup ketam yang sedap , tapi tak ramai yang suka buat
sup ketam kan ? biasa ketam akan buat masak cili atau ketam masak lemak cili
padi betul tak? Resepi ini sedap, ringkas dan cepat.
Bahan-Bahan
4 ekor ketam bunga.
4 labu bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1.5 sm halia (dikisar)
1 bungkus sup bunjut
1 labu bawang besar (dihiris)
2 batang serai
Garam secukup rasa
Daun saderi
Air secukup
4 ekor ketam bunga.
4 labu bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1.5 sm halia (dikisar)
1 bungkus sup bunjut
1 labu bawang besar (dihiris)
2 batang serai
Garam secukup rasa
Daun saderi
Air secukup
Cara membuatnya
1. Bersihkan ketam dan tos
2. Tumis bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan air dan sup bunjut.
3. Setelah mendidih masukkan ketam,serai, bawang besar dan garam dan hiaskan dengan daun saderi semasa menghidang.
2. Tumis bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan air dan sup bunjut.
3. Setelah mendidih masukkan ketam,serai, bawang besar dan garam dan hiaskan dengan daun saderi semasa menghidang.
Khasiat ketam
§ Ketam rendah kalori
§ Ketam di percayai boleh merawat denggi
§ Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya
§ Ketam ada lemak tak tepu yang dianggap untuk jantung yang
sihat
§ Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak
seperti yang di ketahui omega 3 asid lemak dapat membantu meningkatkan daya
ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan
kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan.
§ Ketam adalah sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta
mineral seperti zink dan tembaga.
§ Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai
mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh
meningkatkan metabolisme gula darah.
No comments:
Post a Comment