Hari ni saya ingin kongsi sedikit tips supaya Sentiasa
Bersemangat. Macam mana ye kita nak
ceriakan dan bersemangat setiap hari? Kalau kita mahu hari kita sentiasa ceria
ianya harus dimulakan diawal pagi. Kalau awalnya kita gembira dan ceria, In
shaa Allah, sepanjang hari kita mampu ceria. Bagi yang masih
tercari-cari semangat yang semakin hilang entah ke mana, eloklah mengamalkan tips yang ingin saya kongsikan. Di sini saya ingin kongsikan tips dari Dato'Dr.Fazilah...ayuh
sama-sama kita amalkan.
1. Berdoa agar sentiasa ceria dan bersemangat,
2. Maafkan semua orang agar hati
bersih dan minda positif,
3. Programkan minda tiap malam
sebelum tidur: Ya Allah, jika aku masih panjang umur, kejutkan aku esok pagi
dalam keadaan sihat, beriman, ceria dan seronok nak pergi kerja, tapi jika aku
mati esok, matikan aku dalam husnul khatimah,
4. Bangun pagi terus senyum dan
berdoa dan mohon agar hari ini lebih baik daripada semalam,
5. Cari "butang hijau" ia
perkara yang buat kita ceria-- peluk pasangan, cium anak, beri ikan dalam
akuarium makan, geletek kucing, dengar lagu nasyid kegemaran, minum air
kegemaran, tengok FB dan sebagainya,
6. Bayangkan hari ni mungkin
terakhir dan azam nak lakukan yang terbaik,
7. Gembirakan hati orang di
sekitar,
8. Amalkan sunnah-sunnah Nabi,
9. Temui cinta sejati,
10. Pakai warna kegemaran,
11. Berjalan pantas,
12. Masuk pejabat dangan Bismillah,
beri salam dan masuk dengan langkah kanan,
13. Sentiasa Tawakkal kepada
Allah.
----------------------------------------------------
ps:Jom bina blog untuk persediaan dan sebagai alternatif lain untuk bisnes kalian. Belajar 100% di kelas online ABDR. Belajar ikut masa sendiri(fleksibel). Sesuai untuk yang super duper sibuk. PM saya untuk pendaftaran.Semestinya kalian tahu blog adalah medium pemasaran yg efektif selain facebook. Boleh hubungi saya roszilaibrahim@gmail.com
ps:Jom bina blog untuk persediaan dan sebagai alternatif lain untuk bisnes kalian. Belajar 100% di kelas online ABDR. Belajar ikut masa sendiri(fleksibel). Sesuai untuk yang super duper sibuk. PM saya untuk pendaftaran.Semestinya kalian tahu blog adalah medium pemasaran yg efektif selain facebook.
No comments:
Post a Comment