Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi
kerana masih diberikan kesempatan untuk bernafas di muka buminya yang Maha Kaya
ini. Kini,
ramai yang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan samaada online atau
offline. Sebelum saya menyertai ABDR saya pernah terlibat dalam bisnes Zhulian
secara offline. Bisnes Zhulian adalah merupakan bisnes yang pertama saya.
Saya terlibat dengan bisnes Zhulian ini setelah diperkenalkan oleh rakan suami pada 2009. Setiap malam saya dan suami akan
pergi mendengar taklimat bagi mengembangkan bisnes. Pada masa itu, anak sulung
saya masih kecil dan masaih menyusu badan lagi. Pada permulaan memang saya
boleh dianggap berjaya kerana atas usaha
dan kerja keras saya dan suami, kami memperoleh bonus lebih kurang RM 700.
Seronok tidak terkata, tetapi lama kelamaan kurangnya komitmen dan kurang fokus
membuatkan bisnes tidak menjadi.
Pada
2011 saya memulakan langkah sekali lagi dalam bisnes iaitu bisnes tudung secara
online. Masih segar lagi dalam ingatan tudung yang saya jual adalah tudung Obama
dengan harga serendah RM 10. Tudung yang saya perolehi ketika itu adalah dari
pemborong tudung yang merupakan kawan kepada suami. Walaupun tudung habis
dijual tetapi bagi saya ianya tidak begitu memberangsangkan. Ketika saya
perkenalkan kepada kawan-kawan, rata-rata mereka tidak berminat dan lebih
berminat tudung segera atau tudung yang terus dipakai. Ini membuatkan saya
terfikir untuk mencari ilmu dalam perniagaan. Saya tidak tahu bagaimana untuk
menarik minat pelanggan dan cara strategik pemasaran yang bagus dan berkualiti.
Bagi saya, ini mungkin kurangnya ilmu dalam perniagaan dan juga tidak mempunyai
sebarang pengalaman dalam bisnes secara online.
Sebenarnya
tanpa ilmu pasti tidak akan berjaya. Kini, saya mengambil pendekatan mengumpul
sedikit sebanyak ilmu terlebih dahulu kerana ilmu sangat penting dalam
apa jua yang kita lakukan. Dalam mendapatkan ilmu, saya sentiasa bersama encik Google
sehinggalah saya menjumpai Akedemi Bekerja Dari Rumah. Bermula dari situ saya
berkenalan dengan Anys Idayu. Sebelum saya mengikuti ABDR, saya membeli ebook Belajar Asas Blog terlebih dahulu. Selepas itu, saya mengikuti
Kelas Asas Blog dan Fan Page Mula Bisnes. Banyak yang saya belajar dan masih
belajar daripada zero kini sudah terisi sedikit ilmu. Sebenarnya saya bermula
pada tahun ini. Saya memilih Kelas Asas Blog dan Fanpage, Mula Bisnes adalah sesuai
untuk saya yang kosong dan tidak tahu berkaitan urus niaga online.
----------------------------------------------------------------------------------
Pendaftaran masih dibuka.
Cepat-cepat bertindak untuk kita mula langkah pertama.
TINDAKAN IMPAK PALING BERKESAN untuk kita BERJAYAPilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
-produk sendiri
-dropship makanan sunnah
-dropship produk makanan
-dropship telekung solat
-dropship produk islamik
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Kelas penulisan ebook
Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan juga menjana pendapatan dari rumah, bolehlah hubungi saya email roszilaibrahim@gmail.com dan FB roszilaibrahim
No comments:
Post a Comment