Saturday, 14 June 2014

Entri Pertama

Teks: Roszila Ibrahim

Pertama kali saya menghasilkan entri diblog nampak terumbang ambing bak kapal layar yang ditiup angin dilambung ombak. Wujudnya blog saya ini boleh diumpama kelahiran seorang bayi di muka bumi ini. Entri pertama menjadi sebuah kelahiran yang amat bermakna dan pasti tidak akan dapat saya lupakan. Entri pertama bagaikan khazanah berharga di blog saya. Kelahiran sesebuah blog juga ada keistimewaannya yang tersendiri. Entri pertama saya hanya entri biasa, sebuah entri pengenalan. Nak tau?.anda carilah sendiri ye.

Jangan rasa malu dengan entri pertama kita diblog kerana ianya amat bernilai sebagai sejarah dan memahatkan kenangan umpama satu perasmian diri kita dalam memulakan langkah pertama secara rasminya sebagai seorang blogger. Untuk memikat pembaca terus menghadap blog kita bukan semudah abc. Bagi saya, entri pertama merupakan sebuah entri percubaan. Namun ianya sesuatu yang menarik dan menjadi satu kenangan indah dan manis. Tapi tidak mengapa kata orang kayuh pelahan-pelahan dan kini saya dalam proses pembelajaran ke arah yang lebih baik.

Buat kali pertama mengenali blog, entri pertama mesti menjadi mimpi ngeri. Saya masih tidak pandai untuk mengarang dan masih belajar untuk publish sesebuah entri. Apa yang terlintas difikiran itulah menjadi tajuk entri. Kini masih merangkak untuk menghasilkan entri yang lebih baik lagi. Memang tidak dinafikan cara menghasilkan entri di dalam blog merupakan element penting perlu dititikberatkan untuk menaip dalam blog. Walaupun blog tidak mempunyai format untuk menaip seperti mana karangan bahasa melayu tetapi cara menguruskan blog sendiri menghasilkan entri dalam blog penting untuk mencerminkan bagaimana pemilik blog menguruskan blog sendiri. Boleh dikatakan cara menaip dalam blog antara pekara yang tidak boleh dipandang ringan oleh pemilik blog.





Friday, 13 June 2014

Hari Jumaat

Teks : Roszila Ibrahim

Salam Jumaat untuk semua. Entri kali ini berkenaan Hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari dan entri ini adalah sekadar untuk menjadi panduan dan peringatan buat saya setiap kali menjelang hari Jumaat serta untuk dikongsi untuk semua. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari jumaat mulai dari hari khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah pada malam Jumaat lagi. Hari yang penuh dengan kelebihan dan keutamaan yang dikurniakan oleh Allah AWT kepada hamba-hambanya. Bersyukurlah kita kerana kemuliaan hari Jumaat ini hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad swt.

Di antara pekara yang berlaku pada hari Jumaat:
-Pada hari yang mulia inilah, Nabi Adam AS diciptakan
-Dimasukkan ke dalam syurga
-Dikeluarkan dari syurga dan dihantar ke dunia (Bumi).
-Adam wafat
-Hari kiamat akan berlaku

Keistimewaaan Hari Jumaat
-Pensyariatan solat Jumaat ke atas kaum muslimin secara berjemaah.
-Hari Jumaat menawarkan ganjaran yang besar kepada umat islam.

Di antara pekara-pekara sunat
-Mandi sunat Jumaat
-Memakai wangi-wangian dan berpakaian bersih dan kemas untuk hadir ke masjid.
-Sunat memperbanyakkan membaca doa dan memohon keampunan dari Allah pada malam dan  waktu siangnya
-Memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya.








Thursday, 12 June 2014

Hari Khamis

Hari ini khamis bersamaan12 Jun 2014. Cepat betul masa betul masa berlalu dan tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan.  Hari Khamis merupakan hari yang ke-lima, sebab itu dalam Bahasa Arab ditulis sebagai الخميس yang bermaksud “Yang Ke-lima”. Buat pengetahuan semua hari Khamis merupakan hari yang baik untuk menunaikan Hajat. Kerana Allah memerintahkan Penunaian. Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Khamis. Kebiasaannya amalan yang sering dilakukan ialah berpuasa pada hari Khamis, membaca Yaasin pada malam Jumaat dan sebagainya.
Sesiapa yang berzikir “Ya Sammi”(Maha Mendengar) selepas solat Dhuha pagi-pagi hari khamis dan berdoa memohon hajat insyaAllah mustajab doanya (ditunaikan hajatnya). Oleh itu, banyak berdoa dan iringi usaha serta jangan mudah putus apa. Apapun Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita ushakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal.

Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat yang berpagi-pagi (bangun awal pagi). sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah ‘kejayaan’. Jadi seboleh-bolehnya bangun awal pagi.

Wednesday, 11 June 2014

Mencabar Keupayaan Diri

Soalan yang sering diungkapkan apabila seseorang bertanya kepada kita, apa yang ingin capai pada masa akan datang. Sudah pasti ingin berjaya dalam hidup. Tetapi bagaimana caranya? Itu pula persoalan yang sering muncul dalam diri apabila sudah ada niat ingin membina kejayaan dalam hidup. Perkataan berjaya mudah dieja, tetapi sukar untuk dicapai. Berjaya memerlukan kesusahan sebagai teman setia, menuntut seribu pengorbanan masa dan tenaga dan juga perlu mencabar keupayaan dalam diri.

Macam mana saya hendak yakinkn diri ? Saya selalu berasa kurang yakin dalam melakukan sesutu. Saya selalu teragak-agak. Bolehkah saya melakukannya?Inilah pertanyaan yang selalu berada dalam minda saya. Kini saya bertekad untuk mengubah diri saya. Moga segalanya dipermudahkan dan berjaya suatu hari nanti.

Apapun kena berusaha dan terus berusaha kerana Allah tidak mengubah diri kita selagi kita tidak ubah diri sendiri. Pertolongan Allah hanya datang ketika sedang atau setelah kita berusaha. Siapa yang berusaha, bekerja keras dia yang berhak untuk mendapat hasil. Perubahan tidak akan terjadi dalam satu hari. Ada banyak rintangan dan halangan didepan, yang muncul baik dalam diri sendiri mahupun dari luar.

Tuesday, 10 June 2014

Perniagaan Online

Kini, ramai yang berjinak-jinak  untuk berniaga secara online. Namun, sedikit sangat jumlah yang betul –betul  berjaya. Selebihnya ramai yang gagal. Saya sebenarnya pernah terlibat dalam bisnes Zhulian secara offline dan bisnes tudung secara online tetapi tidak begitu memberangsangkan. Ini kerana saya kurangnya ilmu dalam perniagaan dan juga tidak mempunyai sebarang pengalaman. Mungkin juga saya tidak bekerja keras dan tidak tahu strategik pemasaran. Saya tidak tahu bagaimana untuk menarik minat pelanggan dan cara strategik pemasaran yang bagus dan berkualiti. Sebenarnya tanpa ilmu sesuatu benda pasti tidak akan berjaya.

Setiap orang mempunyai kegagalan atau kesilapan di masa lalu. Untuk berjaya, perlulah belajar dari masa lalu dan hargai pengalaman sukar yang telah dilalui tetapi jangan memikirkannya. Oleh itu, kita perlulah maju ke hadapan dan buat yang lebih baik, buat keputusan yang lebih bijak dan jadikan pengalaman lalu sebagai ikhtibar. Pengalaman lalu mengajar erti dunia bisnes yang banyak cabarannya contohnya pesaing-pesaing yang hebat. Kini saya mengambil pendekatan mengumpul sedikit sebanyak  ilmu terlebih dahulu kerana ilmu sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Tapi dalam kita mencari ilmu pastikan kita mendapatkan pakar-pakar internet yang telah terbukti berjaya dan jangan kedekut untuk melaburkan sedikit wang untuk mempelajari teknik-teknik bisnes internet yang betul. Jangan hanya bergantung kepada sumber-sumber percuma sahaja.


Apapun kita haruslah minat dengan apa yang kita lakukan dan mestilah berpegang pada prinsip "tidak kenal erti putus asa"  bagi mengatasi segala rintangan dan cabaran. INSYAALLAH, ia akan membuahkan hasil dan terus berusaha menanganinya. Kata orang"BERAKIT-RAKIT DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN". Bukan mudah untuk kita menceburi bidang perniagaan kerana banyak cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuhi.

Monday, 9 June 2014

APAKAH TAHAP PENCAPAIAN ANDA SEKARANG?

Saya amat tertarik mengenai persoalan yang diutarakan oleh Datuk Dr Maznah Hamid mengenai ‘Tahap Pencapaian’ dan saya cuba menilai diri saya sendiri ternyata jauh untuk mencapai kejayaan tetapi ianya bukan mustahil untuk mencapai apa yang kita inginkan cuma kita harus bekerja keras dan terus berusaha. Terdetik dihati untuk berkongsi supaya semua dapat menilai diri sendiri. Oleh itu, sama-sama kita nilai diri kita sendiri.

Pernahkah anda terfikir kenapa anda tak berjaya dan tidak dapat apa yang anda idamkan?

Untuk memudahkan persoalan, kita buat satu takrifan mudah tentang apa itu BERJAYA:

“Kita dikatakan berjaya apabila dapat merealisasikan atau memiliki apa yang kita mahu”

Mungkin juga kita ada keinginan tetapi tidak dipupuk sehingga ianya menjadi lebih serius dengan benar-benar melakukan muhasabah dan pencarian diri.

Mari kita sama-sama menilai tahap pencapaian kita selama ini dalam kategori di bawah:

1. Ekonomi – Apakah tahap ekonomi yang anda inginkan. Mewah, sederhana atau dibawah paras kemiskinan?

2. Diri sendiri – Bagaimana perwatakan yang anda rasa bagus untuk diri. Adakah berfikiran jauh, banyak maklumat, berakhlak mulia, alim dan warak, penyabar, kaki pukul, pantang dicabar, beremosi, ego atau lain-lainnya?

3. Keluarga – Apa jenis keluarga yang anda mahu bina. Adakah sebuah keluarga yang prihatin, ceria, menyusahkan masyarakat, bijak, kedekut, berkasih sayang atau lain-lainnya?

4. Masyarakat – Bagimana anda lihat kedudukan anda di mata masyarakat. Adakah sebagai seorang kera sumbang, pemimpin, pengikut, pemalas, penggerak penumpang, kaki kacau, atau lain-lainnya?

Saya yakin 100% jika semua yang disebutkan di atas benar-benar difikirkan, semua daripada kita sudah tentu akan mengambil hanya yang terbaik sahaja.

Untuk itu mulakan menulis impian anda dan mula ambil serius dengan impian tersebut. Mulakan dari sekarang dan rangka kehidupan yang baru.

Sunday, 8 June 2014

Jalan- Jalan

Telah dua minggu berlalunya cuti sekolah. Waktu cuti sekolahlah peluang dan masa banyak diisi bersama keluarga, Pelbagai rancangan diatur sempena cuti sekolah, ada yang buat majlis perkahwinan, majlis pertunangan, pergi melancong dan macam- macam program yang diatur. Menurut saya amatlah bagus sekali meluangkan masa bersama. Ini semalam saya punya cerita, dengan kedatangan kakak ipar dan anak sedara dari kampung suami membawa kami berjalan-jalan di The Carve pada waktu petang. Sebelam malam kami pergi Uptown. Memang seronok sangat tengok macam-macam yang djual.

Saya hanya membeli sepasang kasut untuk Rayyan dan sehelai baju untuk Rania. Orang bukan main ramai lagi dan harga pun mampu untuk semua orang. Di Uptown ini yang istimewanya ramai orang melayu yang meniaga dan rasa teruja hendak meniaga. Apa yang pasti, orang yang berbisnes ini memerlukan kesabaran untuk melayan kerenah pelanggan dan usaha yang kuat. Dalam hati pun rasa risau dan rasa tidak yakin macam mana hendak mulakan bisnes nanti. Harap dapat semuanya dipermudahkan olehNYA.