Saturday, 28 June 2014

Motivasi Diri

Teks: Roszila IbrahimSumber: Irfan Khairi

Entri kali ini saya ingin kongsikan perlunya motivasi dalam menjalankan perniagaan. Ianya amat sesuai yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan seperti saya yang selalu memerlukan kata-kata semangat.  Menurut Irfan khairi, kita perlu mempunyai motivasi yang tinggi dalam apa jua yang kita lakukan. Tidak kira dalam pelajaran, kerjaya atau apa jua perkara, kita mesti ada motivasi yang tinggi dan bersungguh-sungguh supaya kerja yang dilakukan berada di tahap yang memberangsangkan. Menjalankan perniagaan internet juga memerlukan motivasi yang tinggi. Motivasi boleh diibaratkan sebagai petrol yang memacu usahawan internet untuk mengejar impian yang mereka idamkan.
Pertama sekali, untuk mengekalkan momentum motivasi diri, anda perlu ubah persekitaran cara kerja iaitu dengan mencuba untuk bekerja dalam pelbagai bentuk keadaan. Dengan cara ini, secara tidak langsung dengan secara mudah akan dapat pelbagai idea baru.
Namun, dalam apa jua yang lakukan, pasti ada masalah yang akan hadapi dan hadapilah setiap masalah dengan tenang dan anggap sahaja masalah itu adalah cabaran. Itu adalah perkara biasa. Dalam perniagaan juga akan ada masalah tidak kira perniagaan offline atau online. Dalam perniagaan juga, seeloknya pelajari kehidupan daripada orang lain yang pernah melalui jalan kepayahan yang akan kita lalui juga. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan diri anda daripada melalui kegagalan yang sama yang pernah dilalui mereka. Ini juga akan mempercepatkan proses mencapai kejayaan yang anda impikan.
Di samping itu perlu bina dan rangka masa depan dengan lebih spesifik  dan cuba bayangkan yang anda sedang menikmati gaya hidup yang sangat anda idamkan seperti kereta idaman, rumah banglo idaman dan lain-lain lagi. Jika sebulan anda dapat menjana pendapatan 4 angka, anda perlu target untuk mendapatkan 5 angka pada bulan berikutnya pula. Begitu juga untuk bulan-bulan seterusnya. Anda perlu besarkan had pada diri anda.
Perlu kekalkan motivasi diri anda dan terus bertindak untuk mencapai cita-cita dan kehidupan yang anda idam-idamkan. Jangan tunggu terlalu lama untuk memulakan langkah pertama anda. Apa yang perlu adalah anda lakukan dan jangan bertangguh.
********************************************
  Berminat ingin menjadi agent dropship Akademi Bekerja Dari Rumah. 
Ingin ketahui lebih lanjut, sila hubungi 
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim 
 

Friday, 27 June 2014

Di Ambang Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta bulan banyak kelebihan. Jangan disia-siakan peluang yang ada ini. Ia datang sekali sahaja setiap tahun. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadah bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan. Tinggal dua hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Apabila mengimbau kenangan 5 tahun lalu, saya tidak dapat menunaikan ibadat puasa kerana berada dalam pantang anak pertama. Maklumlah anak pertama lahir 1 ramadhan. Seronok tengok ahli keluarga bersahur dan berbuka bersama dan dapat menikmati pelbagai juadah berbuka puasa dan saya hanya menjadi pemerhati. Apapun bulan Ramadhan sentiasa ditunggu-tunggu.

Bulan Ramadhan merupakan bulan limpahan rezeki bagi para peniaga. Bulan Ramadhan juga bulan yang penuh rahsia dan memberi keuntungan untuk para peniaga meraih bukan hanya amal ibadat dan pahala bahkan juga rezeki yang halal bagi menampung pendapatan keluarga. Di bulan yang mulia inilah ramai mengambil peluang untuk berniaga. Kesempatan dan peluang ada ini wajar diambil oleh para peniaga untuk terus berniaga dengan jujur dan ikhlas. Jika ikhlas berniaga dengan menjaga akhlak dan adab sewaktu berniaga di samping memasang  niat kerana Allah SWT bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata pasti Allah SWT akan mempermudahkan urusan perniagaaan. Selain bulan rezeki, bulan yang mulia ini juga merupakan bulan kesihatan, bulan silaturahim, bulan lembut hati, bulan memperbaiki institusi kekeluargaan dan macam-macam lagi. Pendek kata merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan.






Thursday, 26 June 2014

Anak Anugerah Terindah

Teks: Roszila Ibrahim

Anak merupakan kurniaan Tuhan yang membawa kebahagiaan dan hiburan kepada keluarga.  Sekarang ini  
bermacam-macam kes berlaku terhadap kanak-kanak termasuk  lemas, hilang, kemalangan, jatuh dari rumah, culik, pederaan dan bermacam-macam lagi. Pendek cerita bahaya ada dimana-mana. Sebagai ibu bapa kita haruslah sentiasa berwaspada dan peka samaada di dalam rumah mahupun di luar rumah. Ibu bapa haruslah sentiasa memastikan bahawa anak-anak tidak lari daripada perhatian dimana berada. Sikap prihatin dan tanggungjawab pada setiap masa dan keadaan, tak kisahlah di mana kita berada walau apa yang sedang kita lakukan.


Anak-anak tetap berada ditakhta teratas bagi mengelakkan sebarang pekara buruk berlaku. Paling penting setiap ibu bapa perlu mengambil berat anak-anak. Ambil tahu mengenai anak-anak dari segenap segi kesihatan, pendidikan, pergaulan anak-anak dan sebaginya.Walau sesibuk mana pun, jangan abaikan tugas dan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu, jagalah dan peliharalah amanah  Allah dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Sentiasa berdoa kepada Allh supaya keluarga diberi keselamatan dan kesejahteraan serta dijauhi daripada pekara yang tidak elok berlaku.

Wednesday, 25 June 2014

Minyak Masak

Teks: Roszila Ibrahim

Sudah lama saya mendengar berita tentang minyak masak kitar semula. Hari ini menjadi topik utama di Harian Metro mengenai minyak masak kitar semula. Kegiatan memproses minyak masak terpakai menjadi minyak masak baru bukan sahaja dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan pengguna, malah status halalnya diragui. Yang mengejutkan saya adalah berikutan minyak masak terpakai ini juga diambil dari premis memasak dan menjual makanan termasuk restoran bukan islam serta hotel, sebelum dikitar semula menjadi minyak masak baru.

Minyak masak yang dikitar semula itu kemudian dijual sebagai minyak murah di pasaran pasar malam dan kedai makan. Sepatutnya minyak yang dikutip dari premis makanan di seluruh negara itu hanya untuk kegunaan bio diesel tetapi disalah gunakan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk dikitar semula. Kita patut berasa takut apabila memilih untuk makan di luar sebab kita tidak tahu tukang masak itu mengunakan minyak yang macamana. Memasak sendiri di rumah adalah jalan terbaik yang kita boleh  lakukan. Malahan minyak yang kita gunakan dekat rumah pun tidak elok digunakan secara berulang kali.

Oleh itu, kita kena beli minyak masak yang terbaik untuk keluarga. Walaupun beli minyak mahal pun janganlah gunakan minyak yang sama  sampai berulang kali tetapi syaratnya tidak lebih 3 kali. Penggunaan minyak berulang kali mengundang penyakit kanser terutama kanser usus dan perut serta penyakit jantung. Begitu juga jika membeli goreng-gorengan dekat pasar malam, kita fikir dua tiga kali dulu. Jenguk-jenguk sikit dekat kuali pengoreng tu, Kalau minyak hitam tidak perlulah beli. Janganlah kita tegur nanti tidak pasal-pasal kena jirus dengan minyak panas. Tepuk dada tanya hati

Tuesday, 24 June 2014

Tips Kulit Cantik Dengan Kos Murah

Teks: Roszila IbrahimSumber/Foto: Google

Semua wanita termasuk lelaki mahukan kulit yang putih bersih tanpa sebarang cela dan noda noda dan pastinya semua mahukan kulit yang berseri-seri. Ada yang sanggup mengeluarkan belanja besar semata-mata untuk kulit yang putih dan cantik berseri. Sekarang saya hendak kongsikan tips cantik khususnya buat surirumah seperti saya, dimana tidak perlu risau kerana ianya menggunakan bahan alam semulajadi dan pastinya selamat. Kita boleh mendapatkan kulit yang cantik dengan kos murah dan bahan-bahan yang diperlukan senang untuk didapati di dapur kita sendiri. Tips Kulit Cantik berseri-seri kos murah ini.


Untuk kulit yang bersih iaitu potong setengah lemon dan letakkan 3 - 4 titik madu ke atas belahan lemon tadi. Setelah itu, sapukan belahan lemon itu tadi ke seluruh wajah anda. Biarkan campuran jus lemon dan madu tadi seketika dipermukaan wajah anda selama 5 minit. buat lah apa sahaja kerja sementara menunggu lepas itu cuci muka dengan air sejuk. Hasilnya serta merta kulit nampak bersih dan kelihatan berseri-seri.
Didapur mestilah ada telur kan. Jika kulit yang mudah kering,gunakan kuning telur sebagai masker. Sekiranya mengalami masalah kulit yang berminyak gunakan putih telur yang dicampur dengan perahan limau atau madu. Untuk kulit berminyak, gunakan keseluruhan telur sebagai masker.  Biarkan selama 30 minit lalu bilas, dan hasilnya wajah nampak bersinar.

Mungkin ramai masih tidak menyedari kunyit yang berada di dapur sebenarnya bukan sekadar boleh digunakan untuk menyedapkan atau memberi warna pada makanan, tetapi fungsinya melangkaui batasan itu.  Serbuk kunyit boleh diguna­kan dengan dicampur sedikit dengan air dan disapu pada wajah bagi membantu kulit lebih bercahaya, dan meratakan warna kulit. Selain itu boleh campurkan serbuk kunyit dengan sedikit jus limau nipis atau timun dan disapu ke seluruh wajah selama beberapa minit  sebelum dicuci. Penggunaan kunyit secara berterusan mampu membuatkan kulit wajah lebih berseri-seri.

Kebaikan kopi dapat menghilangkan kerutan di wajah. Caranya, hampas kopi yang telah digunakan jangan dibuang. Massage seperti scrub secara perlahan-lahan. Cara ini membuatkan kulit lebih halus serta lebih. Begitu juga dengan teh. Letakkan pada mata untuk membantu menghilangkan lingkaran hitam mata serta membuatkan mata lebih rileks dan tidk lagi sembab. Sebenarnya banyak lagi bahan di dapur boleh digunakan seperti tomato, lobak merah dan sebagainya. Oleh itu, gunakan bahan yang ada di dapur untuk menjaga wajah. 
 

Monday, 23 June 2014

Cuaca Panas

Teks: Roszila Ibrahim

Awal tahun rakyat Malaysia gempar apabila cuaca sejuk ‘Luar Biasa’ melanda beberapa tempat di Malaysia. Antara yang mengalami suhu terendah dalam sejarah dalam negara adalah Kuala Krai Kelantan yang mencatatkan 17 darjah calcius manakala di daerah Besut di Terengganu mencatat suhu 19 darjah calcius. Tapi semuanya rahsia Allah kan, kini Malaysia mengalami perubahan cuaca yang amat ketara iaitu cuaca panas.

Menurut pakar kajicuaca, keadaan ini dijangka mungkin berlanjutan sehingga September depan. Hari ini, rata-rata orang ramai bercerita topik cuaca panas. Pada masa kini, kebanyakan tempat di Malaysia dilanda cuaca panas dan kering. Pagi tadi sebelum hantar anak ke tadika saya sempat tengok Malaysia Hari Ini yang turut membincangkan cuaca panas dan simptom yang muncul apabila cuaca panas seperti sakit kepala, keletihan, pening, mual dan muntah serta lemah otot-otot badan. Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk keletihan, kelesuan, kepenatan, pitam, pengsan, kekejangan dan strok


Menurut Pakar kesihatan dan perubatan menasihati orang ramai supaya tidak keluar rumah melainkan perlu menjalani aktiviti harian. Minum lebih air jika perlu keluar rumah dan jika melakukan aktiviti lasak, pastikan minum air setiap jam walaupun tidak dahaga seelok-eloknya tinggal lebih lama di rumah. Semasa musim panas, pakai pakaian longgar serta ringan dan berwarna terang agar memantul cahaya matahari. Kumpulan berisiko tinggi semasa cuaca panas termasuk kanak-kanak, mereka yang terlantar kerana penyakit kronik serta waga tua. Pesan saya elakkan anak-anak bermain diluar rumah. Jangan lupa minum air dan ini akan membantu badan mengawal suhu.

Sunday, 22 June 2014

Tips Mengatasi Anak Susah Makan

Teks: Roszila Ibrahim

Anak susah makan merupakan antara permasalahan yang sering dialami oleh ibu bapa terutama para ibu. Saya juga tidak terlepas dengan situasi ini kerana anak kedua saya Rayyan Zafran memang susah makan dan tambahan kini anak saya tidak sihat. Lagilah tiada selera. Nasib baik hendak minum susu dan makan biskut. Nasi  pula  dua tiga suap je. Tertekan dan stress setiap kali memujuk si manja untuk menjamah makanan dan saya seringkali risau sama ada anak mendapat gizi seimbang setiap kali makan. Saya ada membawa anak berjumpa doktor pakar dan doktor mengsyorkan susu padiasure. Menurut doktor lagi sekiranya anak tidak mahu makan nasi, haruslah digantikan makan mi, bihun, biskut dan selalu menukar resepi.

Jika tidak diberi makanan takut perut masuk angin. Namun, bukan ibu tidak mahu bagi makanan tetapi anak yang tidak mahu makan, agak rumit dan hanya yang pernah merasainya akan mengetahui betapa sukarnya keadaan ini. Kadang- kadang terpaksa buat helah dan menipu supaya anak makan. Pekara ini sentiasa dialami oleh ibu bapa. Antara masalah yang sering dihadapi seperti menolak makanan, tidak suka makan sayur, hanya mahu makan jenis-jenis makanan yang tertentu sahaja atau mengemam makanannya di dalam mulut dengan tempoh lama tanpa mahu telan.

Terdapat dua punca yang menyebabkan masalah ini. Yang pertama ialah faktor fizikal termasuk kebarangkalian terdapat gangguan pada organ pencernaan mahupun terdapatnya jangkitan dalam tubuh seperti demam dan sebagainya. Walau bagaimana pun setiap masalah pasti ada jalanya. Terdapat beberapa tips untuk dikongsi bagi mengatasi masalah anak susah makan. Di antaranya:

-         -  Hias makanan atau sajian menarik
-         - Variasikan makanan berkhasiat
-          - Makan bersama-sama anak
-          - Jangan sesekali memaksa anak makan
-          - Masa makan teratur  
-           - Libatkan anak untuk menyiapkan makanan