Wednesday 26 August 2015

JoM Mulakan Bisnes Sampingan

Semoga saranan di bawah dapat  membantu kalian yang masih buntu untuk memulakan bisnes sampingan, walaupun masih berkerja. Ramai daripada kita yang tidak mempunyai banyak masa untuk bersama keluarga, tidak ada wang dan tidak mampu mencapai impian kerana terikat dengan kerjaya masing-masing. Di sini, saya ingin kongsikan sedikit sebanyak cara untuk memulakan pendapatan sampingan.
Persepsi setengah orang yang bekerja yang ingin mulakan perniagaan, mereka mesti :-
1/ Berhenti kerja serta merta untuk bisnes full-time - Ini tidak benar
2/ Mesti mulakan dengan modal duit yang besar - Ini tidak benar
3/ Kena ada kedai fizikal - Ini tidak benar
4/ Kena keluarkan produk sendiri- Ini pun tidak benar
5/ Kena mengadap bisnes 24-jam- Ini pun tidak benar.
Yang benar, adalah:
1/ Jangan berhenti kerja jika baru nak mula berniaga melainkan anda memang kena buang kerja atau anda memang telah mempunyai simpanan yang cukup untuk "survive" kos sara hidup dan komitmen bulanan anda untuk sekurang-kurangnya 6-bulan sehingga 12-bulan.
2/ Teruskan bekerja sambil buat sedikit "research" apakah produk atau perkhidmatan yang orang perlukan samada di pejabat, di media sosial atau di kejiranan anda.
3/ Mulakan bisnes sampingan anda samada dengan memasarkan produk/perkhidmatan orang lain contoh menjadi ejen/pengedar produk/servis orang lain atau dengan menawarkan perkhidmatan menggunakan bakat, pengalaman, ilmu ataupun kelebihan diri anda.
Contoh: Mengajar tuisyen subjek2 yang anda mampu ajar dirumah pada hujung minggu atau perkhidmatan anda ialah menguruskan/menawarkan guru-guru tutor yang anda boleh pasarkan home tuisyen di mana anda tidak perlu mengajar tapi pasarkan perkhidmatan tersebut dan aturkan guru-guru untuk mengajar.
Anda akan letakkan harga yuran/jam atau satu subjek dan bayar sebahagiannya kepada guru tuisyen tersebut. Ini contoh #1. Contoh lain ialah anda mungkin bagus dalam bidang pengurusan akaun dan percukaian, maka anda tawarkan perkhidmatan tersebut kepada usahawan-usahawan kecil yang tidak mampu lagi membayar gaji penuh akauntan dan anda caj kadar perkhidmatan yang tidak membebankan.
Perkhidmatan mengurut tapak kaki, perkhidmatan gubahan bunga, perkhidmatan tempahan kek adalah contoh-contoh perkhidmatan yang anda boleh jadikan perniagaan permulaan tanpa anda perlu tahu buat tapi anda perlu tahu pasarkan produk atau perkhidmatan tersebut. Contoh lain yang bagus ialah memulakan dengan menjadi perunding takaful, perunding kewangan ataupun Real Estate Negotiator. Tapi pastikan ada disediakan latihan yang bagus.
4/ Mulakan bisnes tanpa kedai. Anda bagus mulakan melalui FB, InstaGram, Twitter dan melalui rakan-rakan dengan gunakan WhatsApp atau SMS dan lain-lain. Gunakan teknologi dan media sosial sebagai alat untuk "buat duit" dan bukan tambah dosa atau perkara sia-sia!
5/ Jangan mulakan bisnes dengan meminjam bank apatah lagi jika jumlahnya besar!

(Petikan Dari Dr Azizan Osman)
Semoga saranan diatas dapat  membantu membina kehidupan yang bebas masa serta wang. 


Bagi yang berminat untuk mendapatkan ebook ini, boleh hubungi saya, Pengurus online ABDR.
Sms/ wsapp/ telegram: 013-2666559

No comments:

Post a Comment