Thursday 21 September 2017

Selamat Tahun Baru Hijriah

Assalamulaikum

Tanggal 1 Muharram  merupakan detik yang bersejarah buat umat islam. Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana saya masih diberi kesempatan berkongsi cerita. Entri diblog terakhir adalah september 2015. Sudah 2 tahun lebih entri di blog dibairkan sepi tanpa cerita. Dalam tempoh tersebut pelbagai pekara berlaku dalam keluarga saya. Di antaranya, saya bersalin september 2015 dan penghujung 2016 kami sekeluarga berpindah dari selangor ke kelantan disebabkan suami mendapat tawaran bekerja di sini.

Semenjak berpindah di tempat kelahiran sendiri, sedikit sebanyak ada cabarannya. Kini, saya perlu menghantar anak ke sekolah. Sebelum ni, anak hanya perlu menunggu van depan rumah. Apapun tiada menjadi masalah, memang seronok hidup dengan suasana kampung, tiada lagi berdepan kesesakan jalan raya, selalu boleh berjumpa orang tua dan pastinya sentiasa dapat menikmati makanan kegemaran.

Apapun, salam Maal Hijrah. Semoga perjalanan hidup kita semua di tahun baru akan dipermudahkan, diberkati dan diredhai Allah hendakNYA.

Image result for salam maal hijrah 1439







No comments:

Post a Comment