Tuesday 10 February 2015

Waktu Harus Disantuni

Sumber: Datuk Dr. Maznah Hamid

Masa sebenarnya adalah nyawa kerana apabila kita diberikan peluang untuk terus bernafas, kita sebenarnya mempunyai masa untuk memperbanyakkan sumbangan dalam kehidupan, memperbaiki kesilapan dan sebagainya.
Namun, apa yang menyedihkan, walaupun telah diperingatkan dengan kepentingan menguruskan masa, berapa ramai di kalangan kita yang lalai dan leka dalam menjaga masanya.
Bayangkan sesaat masa bagi seorang pakar bedah yang melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa pesakitnya, atau sesaat bagi seorang olahragawan yang mahu mencipta rekod baru bagi kerjaya sukannya. Begitulah tingginya nilai masa bagi kita yang tahu bagaimana menggunakan waktu untuk menambah kualiti kepada kehidupan.
Kehadiran teknologi telefon pintar dengan pelbagai aplikasi moden seperti Facebook, WhatApps, Twitter dan sebagainya boleh menyumbang kepada kualiti masa kita jika kena caranya. Namun akan merosakkan waktu kita jika kita gagal mengurusnya dengan baik.
Ini kerana menurut cerdik pandai, orang yang waktunya berkat adalah mereka yang dapat melakukan banyak perkara dalam waktu yang singkat, namun orang yang mempunyai waktu yang panjang tetapi tidak dapat melakukan perkara yang bermanfaat adalah orang yang sedang menghabiskan umurnya dengan sia-sia dan kehidupannya tidak ada keberkatan.
Sebab itu dalam hidup ini kita jangan menjadi pencuri masa kerana masa yang paling kualiti adalah masa kita sekarang, oleh itu jangan dibazirkan masa sekarang dengan kekesalan atas kesilapan lalu, atau kita sibuk risaukan masa hadapan yang belum tentu menjadi milik kita.
Hakikatnya WAKTU juga adalah makhluk yang perlu diraikan dengan bersungguh-sungguh. Ini bermakna waktu juga harus disantuni sebagaimana kita menyantuni manusia lain yang berada di sekeliling kita. Oleh itu hargailah waktu yang kita ada supaya apabila kita kehilangannya kelak kita tidak berasa rugi dan menyesal.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Waktu paling TERBAIK untuk mula bisnes?
SEKARANG. YA LAKUKANNYA MULAI SEKARANG.

Mencari duit lebih?. Yuran sekali sahaja kalian akan dapat
1. Dibimbing buat blog
2. Dapat Ebook
3. Kumpulan sokongan- Insya Allah kalau anda aktif momentum anda sentiasa akan meningkat
4. Komisyen - bergantung pada usaha anda


Semua atas talian cuma perlu ada laptop/komputer/smart phone & internet. Hubungi saya jika anda berminat..email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559

No comments:

Post a Comment