Friday 10 July 2015

Di Sebalik Bulan Ramadhan

Teks: Roszila Ibrahim

Assalamulaikum
Salam Jumaat dan selamat menyambut bulan Ramadhan. Pejam celik, pejam celik, kita semakin dekat untuk meninggalkan bulan yang mulia ini. Semoga 10 malam terakhir ini dapat memberi yang terbaik untuk kita semua. Pelbagai kebaikan yang dikongsi di media sosial tentang kebaikan 10 malam terakhir. Oleh itu, sama-samalah kita memanfaatkan peluang yang datang dengan mengaut amalan pahala yang berlipat ganda ini.

Di sebalik bulan Ramadhan ini, bukan sahaja kebaikan bulan yang mulia ini dikongsi tetapi juga pelbagai juadah untuk bersahur dan berbuka puasa dikongsi di media sosial terutama FB. Tidak ketinggalan aneka resepi biskut dan kek untuk sambutan Hari Raya dikongsi.  Sebelum ini, kurang begitu banyak resepi dikongsi dimedia sosial. Bila masuk sahaja bulan Ramdhan, berbagai-bagai resepi dikongsi.  Dengan adanya resepi, saya merasakan ramai yang teruja untuk memasak sendiri juadah berbuka puasa serta mencuba resepi biskut raya.  Kini, bermacam-macam nama biskut diberi nama.

Dari perhatian saya juga, tidak ketinggalan sepanjang bulan Ramadhan semestinya fesyen  baju raya . Pelbagai jenis baju kurung, aneka jubah samaada jubah lelaki atau perempuan. Tidak ketinggalan fesyen kanak-kanak yang menarik perhatian. Kini, pelbagai pilihan untuk baju raya samaada untuk golongan dewasa atau kanak-kanak. Apa-apa pun belanjalah dengan bijak dan haruslah membeli mengikut badan sendiri atau kemampuan.

Pendek kata, di sebalik bulan Ramadhan saya ingin kongsikan pekara yang baik haruslah kita kongsi bersama supaya kita dapat manfaat serta kebaikan bersama. Akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat Hari Raya yang bakal menjelma tiba tidak lama lagi. 

No comments:

Post a Comment