Wednesday 1 July 2015

Kurma Ajwa

Teks: Roszila Ibrahim

Assalamulaikum. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga kita semua dapat berpuasa dengan baik.

Daripada Anas ra bahawa Rasulullah SAW berbuka sebelum melakukan solat dengan rutab, jika tidak ada rutab baginda akan berbuka dengan kurma dan jika tidak ada kurma baginda akan berbuka dengan minum beberapa teguk air- Abu Dawud & Tirmiziy

Buah kurma senonim dengan bulan Ramadhan. Bila bulan Ramdhan hampir tiba, pasti banyak buah kurma di pasaran. Pada Bulan Ramadhan ini, kita disunatkan memakan kurma oleh Rasulullah SAW, ternyata kurma itu sangat berkhasiat. Pelbagai jenis kurma boleh di dapati. Buah kurma Yusof Taiyyob terutamanya begitu menyerlah di pasaran kerana harganya mampu dibeli oleh semua.

Berpuasa pada tahun ini, dapat juga saya merasai keenakkan kurma ajwa yang sinonim di panggil kurma nabi. Semasa berjalan-jalan di jalan TAR, terjumpa dengan kedai yang menjual pelbagai jenis kurma. Yang menarik perhatian saya adalah kurma Ajwa yang sinonim di panggil kurma nabi. Harga sekilo Rm 150 dan saya yang membeli 100gm, Rm 15 serta saya juga membeli buah kurma segar. 



Warna hitam, tekstur lembut, tidak manis, rasanya hampir mirip kismis dan rasanya sangat sedap berbanding kurma yang pernah saya makan. Seperti yang kita tahu kurma banyak khasiatnya.


Rasa dan tekstur kurma segar merah adalah kelat-kelat manis dan sangat rangup. Memang sedap..

No comments:

Post a Comment