Friday 2 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Teks: Roszila Ibrahim

Alhamdullillah, telah masuk tahun 2015. Masih belum terlewat untuk saya ucapan Selamat Tahun Baru. Kini bermulalah episod kalendar baru 2015. Kita manusia hanya mampu merancang segalanya berjalan lancar tetapi segalanya urusan Allah taala.Ya Allah ku pohon padamu semoga tahun 2015 ini dikurniakan kesejahteraan kesihatan, dan rezeki halal yang melimpah ruah, semoga hari-hari seterusnya membawa kejayaan yang berpanjangan dan segala-galanya dipermudahkan. Amin.

Dunia kini semakin mencabar. Lagi 5 tahun lagi untuk menuju tahun 2020. Tahun  2015 banyak cabarannya yang sedang menanti dan ada orang kita berbicara dalam nada kebimbangan. Dengan keresahan pelaksaan GST pada April 2015, keadaan Ringgit Malaysia yang tidak menentu serta perlaksanaan CCRIS oleh PTPTN dan macam-macam lagi.

Bagi mereka yang berfikiran positif pula, mereka mula merangka idea dan strategi untuk 'survive' di tahun 2015. Mereka ingin bekerja lebih kuat dan keras untuk memastikan mereka tidak ditindas pada tahun hadapan dan menambahkan ilmu. Pendek kata mahu berusaha, bukan sekadar menyalahkan keadaan semata-mata. Kini, ramai yang berlumba-lumba mencari alternatif dan menaik taraf ekonomi dengan menceburi bidang bisnes.  Pastinya akan lebih menarik kerana ramai orang akan berusaha keras untuk mencapai TARGET dan azam masing-masing yang belum dicapai dari tahun-tahun yang lepas.

Semoga tahun 2015 akan memberi satu sinaran kejayaan kepada saya sekeluarga dan kalian semua. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah ke blog saya walaupun saya masih baru dalam dunia blog. Apapun saya berusaha memantapkan dan menambahbaikan blog saya. 
_____________________________________________________________
 Selamat datang pelajar Januari ke Akademi Bekerja di Rumah. Kelas popular sepanjang 2014
1. Kelas asas blog penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes (produk sendiri dan dropship ABDR)
3. Kelas urus akaun bisnes
4. Pendaftaran Pengurus Online Akademi.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia berbisnes secara online, melalui kelas online blog ABDR. Hubungi saya jika anda berminat..email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559


No comments:

Post a Comment