Wednesday 31 December 2014

Pahit Manis 2014

Teks: Roszila Ibrahim

Alhamdulillah. Selamat tinggal 2014. Tinggal beberapa jam sahaja lagi 2014 akan melabuhkan tirai yang meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis. 2015 akan mengambil alih tugas baru untuk kehidupan seterusnya. Pahit manis sepanjang 2014 akan menjadi memori yang dikenang. Insya Allah semoga tahun 2015 membawa seribu rahmat dalam kehidupan. Di sini, dapat saya simpulkan tahun 2014 ini ada pahit ada manis, ada suka dan ada duka. Begitulah kehidupan kita di dunia ini.

Bagi negara pada rasa tahun ini adalah tahun suram, macam macam terjadi dengan peristiwa menyentuh perasaan, especially kisah flight MH 370, MH17, musim kemarau, jerebu, Cameron Highland dilanda banjir kilat dan tanah runtuh, pengakhiran tahun kisah banjir teruk pantai timur dan timbul pulak isu flight air asia pulak.Ya Allah, banyaknya ujian dan dugaan Mu pada tahun ini. Pasti ada sesuatu yang lebih baik disebalik ujian ini dan hikmah di rencanakan Allah swt. Yang penting kita perlu redha dan kuat dengan ujian yang diberi olehNYA. Bagi saya sendiri, tahun ini benar-benar meninggalkan satu kenangan dan pengalaman yang sukar digambar. Jadikan sebagai pengajaran dan pengalaman hidup.

Dalam kehidupan saya sendiri biasa- biasa aje. Memori indah, ketika bercuti bersama percutian di perlis dan Langkawi bersama keluarga. Baru-baru ini saya dan suami membawa anak-anak ke Patrosains di KLCC. Kebanyakan tempat-tempat yang kami lewati lebih kepada tempat kegemaran anak-anak.  Pada bulan Mei tahun ini juga, saya memulakan langkah memajukan diri dengan menambahkan ilmu di Akedemi bekerja Dari Rumah. Banyak yang saya belajar melalui Anys Idayu. Kini, saya sudah memiliki blog sendiri walaupun tidak secantik dan sehebat orang lain serta mula berjinak-jinak dengan dunia bisnes.

Semoga di tahun 2015 diiringi kejayaan dan kebahagiaan, samaada dunia blog, bisnes dan juga keluarga. SELAMAT TAHUN BARU 2015, Semoga kita terus diberkati dan dipermudahkan segala urusan. 
---------------------------------------
ABDR menawarkan beberapa produk pilihan untuk dropship. Hanya pilih yang mana anda suka:
1. Makanan sunnah (air zam-zam, jus delima, zafaran, jus kurma dan lain-lain)
2. Produk makanan (nasi arab, serunding, keropok keping, tamar coco dan lain-lain)
3. Telekung solat
4. Produk islami (e-iqra, quran digital)
Pilih dropship dan belajar hasilkan kedai online blog. Belajar bagaimana nak mula perkenalkan produk di facebook dan blog.

Hubungi saya jika anda berminat..email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559

No comments:

Post a Comment