Thursday 4 December 2014

Bangun Pagi

Teks: Roszila Ibrahim

Selamat Datang Matahari Pagi, Biarlah Hari Ini menjadi Ceria Seceria Hati Yang Membaca Post Saya. Bangun pagi adalah antara nikmat yang tidak terkira. ‘Post’ kali ini saya ingin berkongsi mengenai bangun pagi. Salah satu benda yang simple yang dilakukan setiap hari. Kita sememangnya perlu mengamalkan bangun pagi setiap hari. Apabila bangun pagi semestinya memperolehi permulaan yang sempurna untuk menjamin kerja-kerja seharian supaya berjalan lancar. Saya rasa bukan dari segi agama sahaja yang ingin umatnya bangun diawal pagi dan memulakan kehidupan. Malah budaya melayu juga ada menyatakan mengenai bangun pagi dengan banyak pantang larang. Pantang anak dara bangun lambat, nanti lambat dapat jodoh. Bangun lambat, nanti rezeki tidak masuk. Pantang larang tersebut ada kebenarannya. Sekiranya bangun lambat kita ada beberapa jam sahaja untuk melakukan kerja seharian kita dan kemungkinan tergendala.

Alahamdulillah. Walaupun cuti sekolah, anak- anak saya bangun pagi tanpa dikejut. Mungkin sudah terbiasa bangun pagi. Cuma yang berbeza, sejak cuti sekolah waktu malam tidur lambat tapi waktu persekolahan tidur awal. Rasa senang, tenang , rasa bebas dan lapang di dalam hati bila anak-anak bangun pagi. Boleh makan dan mandi pagi. Yang kakak siap menyanyi lagi dalam bilik air. Jadi segala kerja saya dapat berjalan lancar. Tapi bila waktu tenghari saya akan pastikan anak-anak tidur. 

Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.
1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang       soleh, anak umi yang rajin.
7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , 
solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang. 

Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang atau sesiapa saja.
_________________________________________
Perkara asas yang perlu ada untuk memulakan kedai online pertama.
1. Cipta Fan Page di Facebook 
2. Cipta Blog 
Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan.
Masih blur, dan perlu panduan serta tunjuk ajar, sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (PANDUAN MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH).

Hubungi saya jika sudah bersedia mahu mula ya..email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559

No comments:

Post a Comment