Tuesday 30 December 2014

Ceritera Banjir

Teks: Roszila Ibrahim

Takziah kepada keluarga mangsa banjir di pantai timur dan negeri-negeri yang terlibat. Alhamdulillah, keadaan banjir sudah semakin pulih. Walaupun tidak 100% air bah sudah surut, namun beberapa kawasan yang ditenggelami air telah mulai surut perlahan-lahan. Insyaa Allah ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Bersangka baiklah dengan aturan Allah kerana Allah tidak pernah mahu perkara buruk untuk hamba-Nya kecuali adalah untuk menginsafkan dan memberi peringatan kepada kita. Mungkin ada yang mengatakan ianya musibah, tapi percayalah ada rahmat yang indah disebaliknya.

Halaman media alternatiflah yang menjadi medan menyampaikan khabar berita. Ramai yang berkongsi maklumat baik di facebook, twitter, blog dan sebagainya. Pelbagai ceritera banjir disebarkan. Allahuakbar. Kasihan melihat mangsa-mangsa banjir terutama golongan warga emas dan kanak-kanak termasuk bayi. Banyak gambar-gambar disebarkan menunjukkan keadaan sebenar tempat-tempat yang ditimpa banjir. Ada yang tidak sensitive terhadap apa yang berlaku sehingga sanggup mereka cerita palsu. Kadang-kadang berita yang sudah berkurun pun muncul balik. Terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab serta tidak memikirkan perasaan mangsa dengan sengaja menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Di sebalik banjir yang melanda, kita dapat melihat keperihatinan rakyat Malaysia yang membantu mangsa banjir. Pendek kata, rezeki mangsa banjir sangat murah dan melimpah ruah. Pelbagai bantuan disalurkan seperti makanan segera, gula, sabun, berus dan ubat gigi, air bersih, tuala wanita, barangan bayi, pakaian dan lain-lain. Hari ini, dalam laman sosial juga ada ada cerita yang agak sedih kerana ada pakaian yang bukan sahaja lusuh tetapi sudah tidak sesuai untuk digunakan. Sepatutnya pekara ini tidak harus berlaku dan keperihatinan haruslah seikhlas hati. Pada saya, usaha ini seharusnya diteruskan bukan sahaja ketika musibah banjir tetapi untuk mereka yang memerlukan atau kurang berkemampuan.

---------------------------------
Mahu bersama keluarga besar ABDR, boleh hubungi saya untuk pendaftaran.
Pendaftaran bagi kelas-kelas berikut dibuka setiap hari.

1. Kelas Asas Blog Dan Penulisan - online & offline
2. Kelas Asas Blog, Fan Page, Mula Bisnes - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit 
-produk islamik
-produk makanan 
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
8. Kelas asas wordpress

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap

2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 901 blog.
Hubungi saya jika sudah bersedia mahu mula ya..email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559

No comments:

Post a Comment