Friday 26 June 2015

Etika Dalam Penulisan.

Letak sumber dari mana kita ambil bahan tersebut jika dari perkongsian orang lain.
Jangan main cedok sahaja.
Etika menulis. (Pn Masayu Ahmad)
1. Kita mahu menulis tetapi tidak ada idea. Mulalah dari diari harian dan kisah pengalaman diri sendiri dahulu.
2. Kita mahu berkongsi dan mahu memberi inspirasi. Banyak idea dan penulisan orang lain lalu kita teruja copy dan tekan butang share. Pastikan ada sumber asal penulis tersebut.
3. Kita baca dan ambil semula poin kisah inspirasi tersebut, kemudian buat olahan baru menggunakan ayat sendiri. Inilah dinamakan tulis semula dan berikan idea segar yang baru.
4. Keterujaan utama apabila di facebook melintas kisah atau ayat ayat menginspirasikan. Kita copy, paste dan kongsi semula di status tanpa meletak sumber asal. Ini tidak beretika langsung.
(Sumber : Kelas asas blog dan penulisan)            


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger- untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Bagi yang berminat boleh hubungi saya bagi yang berminat.

Roszila Ibrahim
Pengurus Online ABDR
Sms/ wsapp/ telegram: 013-2666559




No comments:

Post a Comment