Thursday 18 June 2015

Hari Pertama Puasa

Teks: Roszila Ibrahim

Alhamdulliah.
Bermulalah Ramadhan bersama-sama insan tersayang. Pekara yang menarik dan seronok puasa kali ini apabila anak sulung saya,  Rania berjaya berpuasa penuh hari  ini tanpa ada sebarang rungutan. Walaupun sebelum ini tidak pernah berpuasa walaupun separuh hari.

Bukan main semangat lagi hendak bersahur sampaikan saya tidak sempat kejutkan dia dari tidur. Ini mungkin disebabkan di sekolah, cikgu sentiasa mengingati pasal bulan ramadhan dan berpuasa. Sebagai ibu, saya juga sentiasa bagi nasihat dan bercerita tentang keistimewaan bulan Ramadan serta puasa. Sebenarnya saya risau juga sebab anak jenis suka makan. Sebelum bulan puasa, bukan main lagi dia tidak mahu puasa sebab takut lapar,  nanti dia akan mati dan macam-macam alasan.

Alahamdulillah, hari ini Rania dapat menjalani ibadah puasa dengan lancar walaupun hari pertama berpuasa.  Waktu berbuka pun, Rania tidak banyak kerenah pasal makan. Hanya minta air tebu dan udang goreng.  Gembira dan rasa bersyukur sangat apabila anak bersama-sama menjalani ibadah puasa.

Semoga segala ibadah di samping insan tersayang diberkati oleh Allah yang Maha Esa. Insha Allah. Amin. Tidak lupa juga kepada  semua kawan-kawan ABDR, selamat menjalani ibadah puasa.

No comments:

Post a Comment