Friday 12 June 2015

Saham Akhirat


Assamualaikum.

Awali langkah dengan 'Bismillah' dan Bersyukur. Serikan dunia dengan senyuman, semoga segala urusan dipermudahkan dan segala usaha diperolehi mendapat keberkatan dari NYA. Aamin

Terfikir sejenak untuk menaip entri. Apa yang yang terlintas dalam fikiran idea hendak menulis tentang VIRAL. Kini, berbagai-bagai cerita di kongsi di laman sosial entah sesuatu berita itu sahih atau tidak. Sekiranya sesuatu cerita atau berita yang dikongsi itu berfaedah dan mendatangkan kebaikan serta sahih, Alhamdulillah. Tetapi sekiranya berita yang dikongsi itu benda tidak baik hinggakan boleh mengaibkan seseorang atau tidak betul, kita akan menambah dosa. Ini merupakan saham akhirat sama ada  kita mengumpul dosa atau pahala.

Saya ada  terbaca mengenai satu hadis sahih yang dipetik daripada Riwayat Muslim membawa maksud seperti berikut :

"Sesungguhnya Nabi SAW bertanya kepada para sahabat
Apakah kamu tahu siapakah orang yang MUFLIS ?

Sahabat menjawab:
Orang yang MUFLIS di kalangan kami ialah orang yang tidak memiliki wang dan juga tidak mempunyai harta.

Lalu Nabi SAW bersabda:
Sebenarnya orang yang MUFLIS di kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari Qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi semasa di dunia dia pernah memaki sifulan, menuduh sifulan,menumpahkan darah sifulan dan pernah memukul sifulan Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitulah seterusnya terhadap orang lain yang pernah dianiayainya sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiyaan belum lagi habis, maka akan diambil daripada dosa orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepadanya,sehinggalah dia dicampak ke dalam api neraka."

---------------------------------------------------------------------------------------------- 
Akademi bekerja di rumah bukan sistem skim cepat kaya ye! Tetapi kalian hanya perlu tindakan mula dan buat. Belajar cara menggunakan blog dan fb untuk memperkenalkan produk dan bina penjenamaan diri. Semua orang boleh, tak kira lelaki atau wanita. Senior atau junior. Semuanya Online. Semoga Akademi ini menjadi pelopor kepada kemajuan WAHM alaf baru.

Mahu bersama kami?
Sertai mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.
Untuk terus mendaftar boleh hubungi saya bagi yang berminat.
Sms/ wsapp/ telegram: 013-2666559

No comments:

Post a Comment