Saturday 9 May 2015

Ekspresi Seni Tapak Tangan Dari Rania Zara

Teks: Roszila Ibrahim
Foto: Peribadi

Assalamulaikum..
Selamat pagi semua. Semoga hujung minggu ini memberi ketenangan dan fikiran yang lapang.

Rania: Cantik tak k.long lukis.
Mama: Cantik, k.long lukis apa ni? Mama tak paham!
Rania: Ni K.long lukis ‘sayang’. Apalah mama, tu pun tak paham.
          smbil ketawa...jap lg K.long warna bagi lagi cantik..





Ini malam tadi punya perbualan antara saya dan anak yang sulung. Rania Zara nama diberi, umur nya 6 tahun. Dia seorang yang suka bercakap dan bercerita. Ekspresi seni lukisan tapak tangan di atas menunjukan maksud yang tersirat yang ditonjolkan. Walaupun hanyalah lukian tapak tangan tetapi ia mengambarkan luahan di atas sekeping kertas yang sangat tulus dan ikhlas dari seorang anak.

Lukisan itu memaparkan ‘sayang’. Sayang kepada papa, mama dan rayyan(adik).
Menurut Rania lagi, tapak tangan tu maksudnya papa pegang tangan mama, mama pegang tangan k.long(Rania) dan k.long pegang tangan adik(Rayyan). Saya sebagai seorang ibu, begitu terharu dengan penjelasan yang diberikan. Hanya sekeping kertas mempunyai sebuah cerita.

Kesimpulanya, sebagai ibu bapa perlulah peka terhadap perkembangan anak-anak kita. Ibu bapa perlulah menyediakan persekitaran yang dipenuhi rasa hormat, kasih sayang dan belas kasihan. Ini merupakan cara terbaik untuk membantu anak kita mengekspresi dirinya, kerana tanpa ini, adalah amat sukar untuk anak kita meluahkan perasaannya.

Ekspresi diri adalah aspek perkembangan kanak-kanak dan ianya sangat penting. Terdapat tiga jenis ekspresi diri iaitu ekspresi Seni, Ekspresi Bermain, dan Ekspresi Membina. Ekspresi seni merupakan salah satu cara terbaik untuk mengekspresi diri. Berikan anak dengan pensil warna dan kertas, dan pastinya kita akan kagum dengan hasil lukisan atau mewarnanya. Mengecat, melukis, mewarna dan menulis merupakan bentuk-bentuk luahan untuk pelbagai emosi yang anak kita rasai atau alami di dalam aktiviti hariannya.

Walaupun hanya melukis objek atau bentuk-bentuk yang tidak berkaitan. Jenis ekspresi diri ini adalah yang paling penting dalam mengembangkan kemahiran komunikasi dan emosi, serta kesedaran psikologi. Melalui karya seni, kita dapat melihat cara anak-anak kita berfikir dan menyelami perasaan  dan menguji keupayaannya.

------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi yang berminat menimba ilmu Di ABDR, boleh hubungi saya untuk pendaftaran dan untuk keterangan lanjut email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559. Kalian akan bimbingan group khas di fb dan juga group telegram. Yang menariknya pembelajaran berterusan



No comments:

Post a Comment