Tuesday 26 May 2015

Kranchy Karamel Almond

Teks: Roszila Ibrahim
Foto: Peribadi

Assalamulaikum dan selamat pagi. Semoga semuanya sihat-sihat dan sentiasa dalam rahmat Nya. Ini malam tadi punya aktiviti sambil menoton tv. Biskut yang sangat sangat mudah dan mengambil masa yang sekejap sahaja.



Kranchy Karamel Almond

Ada yang memanggilnya Florentine Cookies sempena dengan nama tepung khas yang digunakan untuk membuat bepang ini. Ia juga dikenali dengan nama Chrunchy Almond Bar, Almond Caramel, Nutty Thins, Nutty Crispy, dan Mix Crispy Nuts Cookies.


Sempatlah kongsi gambar dengan group whatsapp saudara mara. Bangun pagi dapat mesej dari mak saudara hendak oder. Ini dikatakan rezeki diawal pagi. Ada yang saya bagi sedekah untuk sepupu supaya merasai kerangupan biskut ini.

Kali pertama saya merasai Kranchy Karamel Almond ketika berkunjung ke rumah adik ipar semasa Hari Raya,ternyata kranchy Almond memang sedap. Minggu lepas suami saya beli 1 botol kecil berharga RM 25 bersamaan 180g. Memang tidak cukuplah saya dan anak-anak makan, tambah-tambah saya pengemar kekacang. Jadi saya mengambil keputusan untuk membuat sendiri. Bayangkan jika kita mempunyai keluarga yang ramai pasti terkebil-kebil biji mata hendak membelinya.

Membuatnya tidak susah cuma kos bahan mentah untuk biskut florentine ini agak tinggi. Jadi tidak hairanlah jika ini dijual dengan harga lebih mahal berbanding dengan biskut-biskut lain di pasaran.  Biskut yang sangat kruncy ni sangat mudah tapi harganya cukup mahal,bertambah-tambah lagi harga barangan baking seperti badam dah melambung-lambung naiknya. 

Di antara bahan yang digunakan:
1.Badam keping 690gram berharga RM 37.90
2.Biji Bunga Matahari 500gram berharga RM18.30
3.Bijan Hitam 100gram berharga  RM 3.10
4.Tepung Florenta 500gram berharga RM 16.50
5. Baking Paper(gulung) Rm 2

Cara-cara Membuatnya Kranchy Karamel Almond:


200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 7- 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.


No comments:

Post a Comment