Wednesday 6 May 2015

Rindu

Teks: Roszila Ibrahim

Assalamulaikum.

Hari baru, bulan baru, saya harap semua sahabat ABDR dan pengunjung blog saya  sentiasa sihat walafiat, diberkati, dirahmati dan  senantiasa ceria dan dimurahkan rezeki.

Selama beberapa hari saya tidak menjengok blog kerana pulang ke kampung halaman. Pasti ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti Hari Pekerja dan Hari Wesak. Saya sekeluarga juga mengambil kesempatan memandangan sudah lama tidak pulang ke kampung halaman di jajahan P.Mas, Kelantan.  Sebenarnya kami sekelurga tidak merancang pun memandangkan ada peluang dan sempena cuti, jadi kami sekeluarga mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti di kampung. Khabar gembira untuk pulang ke kampung begitu mengembirakan anak-anak dan keluarga di kampung. Maklumlah sama-sama rindu-merindu.

Kami bertolak ke kampung pada hari khamis lebih kurang 2 petang. Sepanjang perjalanan hujan sangat lebat. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke kampung pada jam 9 malam. Walaupun jauh perjalanan dan penat tetapi bila sampai di kampung kepenatan hilang apabila memandang orang tua kesayangan dan hidangan makan malam. Anak-anak bukan main seronok bermain walaupun waktu malam.

Kami bersembang sampai lewat malam dengan pelbagai cerita maklumlah sudah lama tidak jumpa. Pertemuan ini betul-betul mengubat kerinduan. Rindu menatap wajah orang-orang kesayangan, rindu dengan masakan air tangan ibu. Rindu dengan persekitaran kampung, tempat bermain ketika zaman kanak-kanak, rindu jiran tetangga. Rindu dengan masakan tradisi Kelantan. Kepulangan saya ke kampung juga, untuk melawat anak buah baru. Walaupun pulang ke kampung hanya sekejap, tetapi penuh aktiviti makan-makan dan jalan-jalan.


                                             Pokok buah-buahan yang subur di halaman rumah


                                          Pokok Daun Pandan yang subur di belakang rumah

Kesempatan ketika berada di kampung tidak dapat di kongsi sepenuhnya, memandangkan line internet begitu jelas. Rindu betul dengan blog dan ingin sekali berkongsi suasana di kampung.  Rindu juga ingin mengetahui berita-berita terkini ABDR.

Kami sekeluarga doakan orang-orang tersayang terutama mak dan abah  sentiasa diberi kesihatan di panjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberkati, dilindungi olehnyaNYA dan diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan seharian. Agar kami dapat terus merasai kasih sayang mak dan abah. 

No comments:

Post a Comment