Wednesday 29 April 2015

Jejak Kasih

Teks: Roszila Ibrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dulu lain sekarang lain. Dulu susah sangat hendak jejak kawan-kawan lama dan kini begitu mudah untuk mencari dan menjejak kawan-kawan lama dengan FB,whatsapp, telegram, wechat dan macam-macam lagi. Kemodenan hari ini telah menumukan saya dengan kawan-kawan semasa berada di tingkatan 6 ketika sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Panglima Raja, Pasir Mas. Semalam tertubuhnya group whatsapp, walaupun sebelum ini, ada di antara kami berhubung melalui FB.

Melalui group whatsapp, hubungan antara kami semakin rapat. Walaupun ada di antara kami terlalu sibuk tetapi tetap memberi respon di dalam setiap cerita diutarakan. Berbeza dengan berhubung dengan FB. Melalui FB, kami kadang-kadang berhubung, dan masing-masing membuat hal sendiri. Walaupun ahlinya tidak seramai semasa saya berada di dalam kelas tetapi ia membuat saya dan kawan-kawan lain begitu gembira dan teruju. Kami saling meluahkan kerinduan dan  saling menghantar gambar. Maklumlah, terpisah lebih kurang 13 tahun.

Masing-masing sudah bekeluarga, mempunyai anak dan mempunyai kerjaya serta tangungjawab masing-masing. Melalui episod jejak kasih semalam, pelbagai cerita kami berkongsi, ada yang melalui proses berpantang, ada juga yang masih tidak mempunyai anak. Pelbagai tip, resepi petua di kongsikan di antara kami.  Ada juga cerita menyedihkan kami kerana ada sahabat kami telah kembali ke rahmatullah. Kini, kami masih mencari dan menjejak  kawan-kawan lama seramai mungkin. Gembiranya hati dapat bersembang dengan kawan-kawan lama walaupun tidak bersua muka.

------------------------------------------------------------------
Bagi yang berminat menimba ilmu Di ABDR boleh hubungi saya untuk pendaftaran dan untuk keterangan lanjut email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559. Kalian akan bimbingan group khas di fb dan juga group telegram. Yang menariknya pembelajaran berterusan. 



No comments:

Post a Comment