Wednesday 8 April 2015

Anugerah Terindah.

Teks: Roszila Ibrahim

Hari ini kandungan saya genap 4 bulan dan ini adalah bakal anak ketiga. Pengalaman saya mengandung anak ke 3 sangat berbeza berbanding yang sebelum ini. Perbezaaan yang ketara, diawal-awal kehamilan tidak boleh bau dan hilang selera makan . Kini, masalah bau sudah hilang tetapi bab makan hanya boleh makan sekali sahaja dan saya banyak makan buah. Kehamilan anak pertama dan kedua, saya tidak mengalami masalah tetapi sekadar pening dan loya sahaja. Apapun, saya bersyukur kerana tidak mengalami masalah yang terlalu teruk sangat.

Setiap orang mengalami masalah atau pengalaman berbeza ketika hamil dan perubahan emosi yang tidak sama ketika hamil. Kehamilan boleh membuatkan kita ketawa dan menangis tanpa sebab. Ia berlaku kerana perubahan hormon ketika kehamilan. Ada yang muram dan ada yang ceria. Tidak kurang juga bakal ibu yang mengalami tekanan perasaan.

Apapun doakan untuk saya dan ibu-ibu yang pregnant serta tahniah buat bakal ibu yang baru mendapat tahu pregnant. Pastikan berikan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan kita. Anak merupakan anugerah untuk kita dan amanah untuk kita dari Allah swt.
HAK anak kita yang wajib kita berikan semasa dalam kandungan adalah:
-Setiap hari membaca Ayat ayat SUCI AL QURAN
-Setiap hari BERZIKIR
-Setiap hari melakukan kebaikan dengan BERSEDEQAH (walaupun seringgit)
-Jaga Akhlak
-Amal ibadat WAJIB jangan tinggalkan

Jika semua di atas kita lakukan insyaAllah, anak yang bakal kita lahirkan akan menjadi seorang anak yang mendengar kata, comel, sihat cergas dan semua kebaikan Allah akan beri pada anak anak kita tetapi jangan lupa BERDOA. Jangan lupa berikan nama yang baik kerana maksud nama anak anak akan membawa IMPAK yang besar pada hidupnya kelak.

*******************************************************
Bagi bakal ibu dan ibu-ibu yang akan menjalani tempoh berpantang yang belum memiliki ebook 44 resepi berpantang boleh dapatkan buku ini. Ebook ini boleh dijadikan panduan oleh bakal ibu, ibu-ibu, bapa atau penjaga yang akan menjaga isteri atau orang yang melahirkan anak. Pelbagai resepi sihat untuk suri selepas mengalami proses hamil dan melahirkan anak. Pastinya menjanjikan para ibu gembira dalam melalui proses berpantang dan pastinya ibu-ibu tidak bosan dengan menu sepanjang tempoh 44 hari berpantang.




















Untuk dapatkan ebook ini, kalian boleh buat pembelian terus melalui saya
Boleh hubungi saya email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559


No comments:

Post a Comment