Saturday 25 April 2015

Buah Tangan Dari Sifu Puan Masayu Ahmad

Teks: Roszila Ibrahim

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Semalam, sifu Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad mengumumkan kepada pelajar akademi ini akan diberikan hadiah e-book terbaru beliau bertajuk "10 Langkah Mudah Bina Kedai Online" tetapi dengan syarat tertentu. Ini adalah bonus yang ditunggu-tunggu kami yang ketagih ilmu dari otai yang berpengalaman.

Alhamdulillah. Syukur dan terima kasih kepada beliau yang bermurah hati dan sudi bersedekah kepada kami. Saya doakan semoga Pn Masayu Ahmad  dimurahkan rezeki. Tidak sabar rasanya mahu membaca dan mempraktikkan ilmu ini. Ini adalah buah tangan dari sifu Puan Masayu Ahmad yang belum ada berada di pasaran lagi.

Bagi yang belum menyertai, jom sertai keluarga besar ABDR. Tidak rugi menyertai ABDR kerana akedemi ini banyak manfaat dan rugi sekiranya para suri khususnya surirumah tidak menjadi salah satu ahli keluarga besar ABDR.

Secara ringkasnya ABDR ada 2 pilihan kelas:

1. Kelas asas blog penulisan (jika anda suka menulis dan bercerita atau menulis cerpen/novel ABDR ada kelas penulisan kreatif).

2. Kelas mula bisnes online – iaitu kelas paling asas menjual produk digital dan fizikal (ABDR juga menawarkan produk dropship untuk anda yang belum ada produk sendiri).


Di ABDR, Pendaftaran kami buka setiap hari.
Boleh hubungi saya email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559

No comments:

Post a Comment