Tuesday 7 April 2015

Hikmah Disebalik Sakit..

Teks: Roszila Ibrahim

Assalamualaikum dan Selamat pagi. Pagi yang baik, hari yang baik, semoga kita semua beroleh keberkatan dalam kehidupan. Alhamdulillah, hari ini anak perempuan saya sudah beransur baik dari batuk dan selsema dan dapat bersekolah hari ini. Saya masih diiringi batuk begitu juga dengan suami masih selsema dan batuk. Alhamdulillah, anak lelaki diberi kesihatan.

Biasalah, dalam kehidupan kita, ada waktu kita sihat ada waktu kita sakit. Satu lagi nikmat Allah yang harus kita beri perhatian ialah nikmat sihat. Sesungguhnya tidak terhitung betapa banyaknya nikmat Allah yang dikecapi semasa hidup di dunia. Apapun saya besyukur dan positifkan diri berfikir yang semua dugaan dari Allah. Sakit itu dari Allah, penawarnya  juga dari Allah. Ada hikmahnya dan sakit itu salah satu penghapus dosa-dosa kecil dan tandaNya DIA cinta dan sayangkan kita.

Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit. Tanda-tanda sakit dan contohnya. Batuk keluar kahak adalah proses membuang toksin di bahagian kerongkong. Batuk tanpa kahak adalah paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Batuk dan berasa gatal di kerongkong adalah proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar. Maklumat ini saya ada terbaca dalam en.google. Apapun saya doakan akar kalian semua diberi kesihatan baik.

**********************************************************
Selamat datang pelajar baru April 2015. Bergabung dengan kami melebihi 1000 blog, kami menerima pendaftaran setiap hari.
Apa Yang Ditawarkan Dalam ABDR?
- Kelas online asas blog dan penulisan
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory

Siapa yang berminat boleh hubungi saya email : roszilaibrahim@gmail.com. sms/watsapp : 0132666559

No comments:

Post a Comment