Assalamulaikum..
Pada saat entri pertama
ini ditulis, anak saya tengah tidur. Biasalah anak-anak saya tidur siang hari,
Jadi bolehlah buat kerja tanpa ada gangguan. Sebelum saya melangkah lebih jauh,
ingin saya perkenalkan 2 cahaya mata, yang pertama Rania Zara 5 tahun dan
Rayyan Zafran 3 tahun. Alhamdullilah syukur dapat melihat anak membesar di
depan mata dan diberi kesihatan yang baik. Keputusan saya untuk tidak bekerja
adalah semata-mata ingin menjaga sendiri dan ingin melihat proses pembesaran mereka.
Berbalik kepada entri
ini, saya merupakan anak ke 4 daripada 7 adik- beradik dan mempunyai 3 orang
kakak serta 3 adik lelaki. Ketiga-tiga kakak sudah bekahwin manakala
ketiga-tiga ada lelaki tidak berumahtangga lagi. Bapa seorang pesara kerajaan
dan ibu seorang surirumah sepenuh masa dan pada masa yang sama ibu berniaga
kedai runcit yang dibuka pada tahun 1992 lagi. Manakala ketiga-tiga kakak saya
juga surirumah tetapi yang menariknya mereka juga ibarat WAHM tetapi secara
offline.
Di antara 7 beradik
saya di antara yang dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading dan menutut di
UUM. Selepas habis belajar saya bekerja di CIMB Bank dan apabila dapat anak
pertama saya mengambil keputusan untuk tidak bekerja. Semasa awal-awal menjadi
surirumah terfikir juga untuk membuat perniagaan maya ini tetapi saya tidak
tahu untuk mula dari mana. Pernah memcuba berniaga tudung melalui fb tetapi
tidak begitu menggalakkan oleh kerana tiada kesungguhan dan kurangnya ilmu.
Tanpa ilmu kita tidak akan pergi jauh. Semua pekara yang kita ingin lakukan
perlu ada ilmu.
Sekarang saya tetapkan
nawaitu untuk berbisnes dan insyaAllah istiqamah dengan apa yang dirancang.
Harapan saya supaya dapat menimba ilmu sebanyak- banyak daripada Anys Idayu
Zakaria dan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. Saya bertekad untuk
menjadi seperti Anys idayu yang telah berjaya sebagai WAHM. Melalui kelas ini,
matlamat saya untuk menambah pengetahuan dan kemahiran dalam selok belok
berniaga kerana saya memang zero dalam pekara ini. Dalam masa yang sama juga,
melalui kelas ini saya dapat bekenalan dengan yang lain.
Sesungguhnya Allah swt
adalah sebaik-baik perancang. InsyaAllah rezeki Allah maha luas yang penting
kita harus berusaha bersungguh-sungguh. Doa, Usaha, Ikhiar dan Tawakal pasti
berjaya. Bak kata pepatah ‘Pengayuh Sayang Dibasahkan, Sampan Tidak Akan Sampai
ke Seberang’ maksudnya cita-cita tidak akan tercapai jika malas berusaha. Semoga
Allah mempermudahkan segala usaha saya.Amin. Akhir sekali terima kasih buat
Ansy Idayu Zakaria.
Salam Perkenalan : -)
No comments:
Post a Comment