Cerita
Hati
Dengan Nama Allah Yang
Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah swt atas
segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat
Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad saw.
Mulakan pagi dengan bismillah dan pagi yang ceria. Semoga hari ini lebih baik
dari hari semalam. Cerita hati ini mengenai status saya sebagai surirumah. Seperti
sedia maklum surirumah merupakan satu-satu pekerjaan yang tiada noktahnya yang
kadang-kadang menghadapi tekanan mana tidaknya, bangun seawal pagi untuk
menyediakan sarapan pagi dan melakukan apa yang patut dan tugas ini akan
sentiasa berlarutan sehingga malam.
Nampak memang
senangkan? Tapi kerja surirumah adalah paling susah dan perlukan kesabaran yang
tinggi dengan melayan kerenah anak-anak, mengemas rumah dan bermacam- macam
kena buat. Maka bolehlah dianggap surirumah sebagai superwomen ditambah lagi
bekerja. Apapun surirumah adalah pekerjaan yang paling mulia dan usahlah merasa
rendah diri. Oleh itu, para surirumah senyum dan bergembiralah kerana surirumah
ibarat sedang berkarya dalam ruangan meniti pahala. Surirumah juga merupakan
satu ibadat dan senang mengutip pahala kerana setiap yang dilakukan pasti
dikira Allah. Contohnya menjaga makan dan minum anak dan suami dan lain-lain.
Di samping itu, dapat membahagiakan anak-anak dan suami.
No comments:
Post a Comment