PETUA
TENTANG SAYUR-SAYURAN.
Terlintas difikiran untuk berkongsi petua di dapur tentang sayur-sayuran kepada adik, kakak, ibu
dan yang pastinya surirumah ya. Di sini terdapat petua ingin saya kongsikan tentang
memilih sayur-sayuran dan untuk menjaga
kesegarannya. Sebenarnya petua ini saya perolehi daripada buku yang ditulis
oleh A.Azizan. Jadi sedikit sebanyak
saya ingin kongsikan buat semua dan menjadi panduan untuk saya. Walaupun sudah
lama mengendalikan dapur, masih banyak yang belum saya ketahui. Petua ini
sangat membantu.
Kobis
- Pilih jenis yang
ringan dan rongganya besar-besaran
Sawi
- Pilih sawi yang
berdaun lebar tetapi batangnya kecil
Timun
- Pilih
timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
Tomato
– Pilih
yang warnanya kehijau-hijauan sedikit. Buah tomato itu jangan dibasuh tetapi simpan
dalam bekas yang kering. Bekas tersebut tidak ditutup dan tiak terkena sinaran
matahari.
Ubi
keledek – Pilih buah yang lurus dan kulitnya putih bersih.
Bendi
– Pastikan
hujungnya lembut.
Tauge – Tauge
akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya dicampurkan dengan limau
nipis
ke dalam air tempat merendam tauge tetapi pastikan ditukar setiap hari atau
untuk
manjadikan
tauge segar seberapa lama masukkan tauge ke dalam air yang dicampurkan sedikit
garam
kemudian simpan di dalam peti ais.
Mengelakkan terung
menjadi hitam – Terung memang mudah menjadi hitam lebam kalau
lambat
dimasak selepas dipotong. Untuk mengelakkannya, ambil garam dengan sedikit air
rendamkan
terung tersebut.
Menyegarkan
sayur-sayuran - Sayuran walau disimpan di dalam peti
ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk kembalikan kesegarannya
rendam sayur di dalam air yang dicampurkan cuka selama beberapa minit. Selain
kembali segar, cuka juga menghilangkan kotoran pada sayur.
Mengekalkan
warna sayur hijau - Mudah saja, masukkan sedikit gula
apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.
Menghapuskan
ulat pada daun sayuran - Bagi menghapuskan ulat yang biasanya
terdapat pada sayur bayam, daum cekur adalah dengan merendamkan sayuran tadi
dalam air beras sebelum diasingkan.
Mencuci
sayuran yang kotor – Walaupun kita biasa berhati-hati ketika
mencuci sayuran, kita berasa bimbang masih ada telur-telur ulat bersarang di
tempat yang kita tidak nampak terutama sayuran berupa ulam. Caranya mudah saje,
setelah bersihkan sayur tadi dengan air, rendamkan sayur tadi sehingga
tenggelam dengan air dalam mangkuk atau besen yang semuatnya. Kemudian masukkan
garam dan cuka. Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam. Hasilnya, pasti
mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan
sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas dari daun dan ini akan memudahkan untuk
mencucinya.
Merangkupkan
ulam – Rendam ulam selama beberapa minit dengan air yang
telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika
barulah diangkat.Ulam tetap segar walaupun telah lama dibeli.
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment