Tuesday 8 July 2014

Cara Menjemput Rezeki

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Google

Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki. Di antaranya:

1. Bersedekah
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan. Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki barkah yang banyak

2. Berdoa
Berdoa  menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian-Nya. Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.

“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib. Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.

Banyak lagi tips yang boleh dikongsi selain daripada di atas seperti membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar, menjauhi maksiat, berbakti kepada ibu bapa, berbuat baik dan menolong orang yang lemah, berselawat, menjalinkan silaturahim, bersyukur kepada Allah dan banyak lagi.  Pendek kata bagi orang islam untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya kuncinya adalah buat amalan-amalan taqwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hambanya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian- NYA.
---------------------------------------------------------------------------------------
Akademi bekerja di rumah bukan sistem skim cepat kaya. Pelaburan sekali duduk diam je dapat hasil, tapi pelaburan sekali duduk goyang kaki dengan usaha update blog, updAte status fb, berjualan online baru dapat hasil. Macam kita buka kedai runcit, kalau tutup mana ada orang nak datang beli. Kalau buka pasti ada pembeli singgah beli barang di kedai kita. tak beli pun, paling tidak lalu sambil survey barang
siapa usaha pasti dia dapat hasilnya.
Daripada kita asyik scroll new feed fb, baik update sesuatu yang boleh datang kan hasil.
Mahu mula pengurus online akademi - mula belajar hasilkan blog dan perkenalkan kelas anjuran akademi dan produk digital.
Mahu produk fizikal boleh sertai mana-mana dropship pilihan ABDR.
Pendaftran masih dibuka, kami merai 1000 penyertaan ramadhan ini.
Alhamdulillah, tak sungguh tak cerita. Sudah ada barisan pengurus online yang pandai mendapat RM100 untung bersih. Nak seribu daya, tak nak pelbagai halangan yang datang tak berani nak tempuh.

Bagi kalian yang sudah sedia untuk bermula, boleh mula daftar melalui saya:

add saya di facebook : https://www.facebook.com/roszilaibrahim 

No comments:

Post a Comment