Sunday 20 July 2014

Suasana Menjelang Raya

Tes: Roszila Ibrahim
Hari ni saya mula membeli baju raya untuk anak-anak dan saya sendiri masih tiada baju raya begitu juga dengan suami. Apa yang penting anak-anak didahulukan. Saya sekeluarga bershopping di Sogo, Jalan TAR tetapi sekejap je. Bukan main lagi ramai orang, naik pening kepala dan kaki pun sakit-sakit. Suasana memang meriah dengan pelbagai bangsa, pelbagai fesyen pakaian, bemacam-macam jenis biskut raya dan bermacam-macam bunga perhiasan yang sangat cantik serta pelbagai ragam orang ramai yang membeli belah di jalan TAR. Selepas itu saya sekeluarga singgah di SACC mall dan berhajat untuk singgah di The Store tetapi jalan jem disebabkan orang ramai terpaksalah dibatalkan.

Selain daripada itu, shopping kompleks juga tidak melepaskan peluang berlumba-lumba mempamerkan dekorasi sempena perayaan yang sememangnya meriah bagi menarik pengunjung. Pelbagai tema, konsep dan elemen yang diketengahkan pastinya menggamit pengunjung untuk bergambar disekitar set ruang legar shopping kompleks. Lagu raya sudah berkumandang di sana sini sama ada di shopping kompleks mahupun di corong-corong radio. Kemeriahan raya sudah semakin terasa oleh lagu-lagu raya yang telah didendangkan. Begitulah kehangatan orang ramai membeli belah untuk menghadapi hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.


Apapun dalam kemeriahan raya , jangan dilupa sentiasa istiqomah melakukan amal ibadat 10 malam terakhir ini, besar pahalanya berganda-ganda dalam mencari Lailatul Qadar  malam yang lebih baik dari seribu bulan. Masjid dah calling kepada semua umat islam yang berkemampuan dan kelapangan melakukan iktikaf (menyerahkan diri sepenuhnya beribadat kepada Allah swt) di sepuluh akhir Ramadhan. Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua.

*************************************************
JUALAN AMAL GAZA

Setiap pembelian ebook 101 idea home based bisnes, sebanyak RM40 akan disalur dan disedekahkan ke tabung AMAL GAZA. Bagi yang berminat mahu dapatkan ebook ini, membeli sambil menderma boleh hubungi saya
Email: roszilaibrahim@gmail.com
FB    :roszilaibrahim..sms/whatsapp: 01129605770


No comments:

Post a Comment