Wednesday 2 July 2014

Kisah Teladan Sepanjang Zaman

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Ebook SUPER WAHM SUPER MOM 

Suka saya kongsikan seperti kata penulis Pn. Masayu Ahmad, ‘selagi mana wanita itu bergelar ibu, isteri rumahlah tempat terbaik untuk kita.  Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah.  Sesuai dengan fitrah dan tuntutan Al-Quran dan sunnah.  Kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung’.    Di sini saya ingin kongsikan satu kisah teladan sepanjang zaman. pengorbanan ibu di rumah sangatlah besar.

Pada suatu hari, Rusulullah s.a.w menjenguk Fatimah yang sedang menggiling tepung. Pada ketika itu anak sedang menangis, maka Rusullullah bertanya sebabnya.

Fatimah menyatakan, dirinya menangis kerana kepenatan menjalankan tugas sebagai surirumah, Fatimah mengadu kepada ayahnya bahawa dia ingin sekali mempunyai seorang pembantu yang boleh meringankan bebannya melaksanakan kerja rumah.

Mendengar kata-kata dan permintaan anaknya itu, Rusulullah berkata. “Sesungguhnya Allah ingin mencatatkan kebaikan, menghapuskan keburukan dan mengangkat darjatmu jika engkau menunaikan tugas-tugas sebagai seorang isteri.”

Rusulullah bersabda lagi bahawa seorang wanita yang dapat berperanan sebagai isteri yang baik bagi suaminya, serta sebagai ibu yang baik bagi anak-anak, maka Allah akan memberi darjat yang mulia. Baginda juga bersabda, seorang ibu yang meletakkan minyak di rambut anaknya dan kemudian menyikatkan serta mencuci pakaian mereka, maka pahala yang diperolehi adalah seperti amalan memberi makan kepada seribu orang lapar, dan memberi seribu pakaian kepada orang yang tidak mempunyai pakaian.

Cukup besar kasih sayang Allah kepada wanita dan sekiranya dilakukan dengan ikhlas mereka mendapat pahala berganda di sisi Allah s.w.t.

Nasihat yang diberikan Rusulullah kepada Fatimah itu, seharusnya dijadikan ikhtibar terbaik kepada kaum wanita yang bergelar isteri dan ibu. Maka bergembiralah bagi kita yang memilih untuk berada di rumah dan mengembalikan peranan tradisional wanita malah ia adalah tugas terbaik yang dinyatakan dalam Al-Quran. Jelaslah menunjukan wanita yang menguruskan rumahtangga adalah tinggi nilainya di sisi Allah.

Jadi bagi wanita yang bergelar suri rumah sepenuhnya janganlah kalian berasa rendah diri. Tidak kira apa pun jawatan dan tugas yang kita lakukan, selagi kalian bergelar wanita, isteri dan ibu kepada anak-anak, suami dan keluarga adalah tinggi nilainya sisi Allah. Bagi mendapat lebih banyak kisah-kisah menarik boleh dapatkan Ebook SUPER WAHM, SUPER MOM. Ebook ini berkongsi banyak tentang cara dan tip mengurus rumahtangga serta keluarga.  Tips urus tenaga yang super sibuk dengan tugasan harian serta anak-anak yang memerlukan perhatian setiap masa. 

Ebook ini memang sangat sesuai dijadikan bahan bacaan motivasi supaya kalian sentiasa  bersemangat dan tidak cepat putus asa walau pelbagai cabaran yang hadir.  Jika rasa tidak bersemangat, bacalah ebook ini.  Insya Allah jika kita baca dengan hati yang ikhlas kerana untuk mendapat semangat baru, pasti Allah buka pintu hati kita. 

Amalkan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar ketika mahu tidur.  Hilang segala kepenatan dengan limpahan kasih sayang Allah. Antara zikir yang dikongsi oleh penulis seperti yang disarankan oleh Rasulullah kepada salah seorang isteri baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga.

Banyak lagi panduan yang boleh diperolehi dalam ebook SUPER WAHM, SUPER MOM ini. Untuk mendapatkan ebook SUPER WAHM, SUPER MOM boleh hubungi
email: roszilaibrahim@gmail.com
FB: Roszila Ibrahim 





No comments:

Post a Comment