Wednesday 23 July 2014

Keselamatan Di Musim Perayaan

Saya sangat tertarik dengan rancangan bual bicara ‘Wanita Hari Ini’ yang mengetengahkan topik ‘Keselamatan Di Musim Perayaan’ yang dibincangkan dan bukan itu sahaja dalam Harian Metro juga mempaparkan topik lebih kurang sama iaitu Tip Keselamatan Elektrik. Dengan kedatangan hari lebaran 1 Syawal ini, ramai yang akan pulang ke kampung berhari raya meninggalkan rumah dalam tempoh yang agak panjang. Begitu juga saya, rasanya tidak sabar-sabar hendak balik kampung. Dalam hal ini, keselamatan adalah pekara yang perlu dititik beratkan antaranya keselamatan rumah, keselamatan jalan raya, keselamatan keluarga dan sebaginya. Isu keselamatan sangat penting dan tidak harus dipandang remeh .
Setiap kali balik kampung saya selalu risau untuk meningkalkan rumah. Pada musim raya tahun lepas, rumah saya dipecah masuk dan banyak barang berharga lesap. Apapun saya berfikir di sebalik kejadian itu, pasti ada hikmahnya. Walau pun sentiasa berwaspada, bak kata pepatah malang tidak berbau. Penjenayah mengambil peluang untuk bertindak jahat apabila rumah tidak ada penghuni. Langkah keselamatan mesti dilakukan seperti mengunci pintu dan tingkap rumah dengan sempurna, memastikan jerigi besi pintu dan tingkap kemas dikunci, menambahkan mangga di pintu dan tingkap serta pintu pagar, menghentikan perkhidmatan hantaran susu, suratkhabar sementara waktu.

Selain itu, mengemaskinikan maklumat kediaman harta benda yang ditinggal kepada petugas rukun tetangga setempat, memaklumkan kepada jiran dan persatuan penduduk tentang ketiadaan kita di rumah, mengambil nombor telefon jiran, memaklumkan kepada pihak polis setempat yang mengalu-alukan pemberian maklumat ketika ketiadaan kita di rumah agar mereka dapat membuat kawalan dan rodaan dengan lebih fokus, memastikan lampu terpasang pada waktu malam contohnya secara automatik dengan menggunakan kemudahan teknologi terkini yang sedia ada.

Dalam harian metro pula memaparkan tip keselamatan elektrik. Diantaranya yang boleh saya kongsikan mematikan semua suis peralatan elektrik yang tidak penting. Bagi melindungi rumah, periksa semua sambungan bumi dan pastikan soket berada dalam keadaan selamat. Pastikan juga soket tidak dibebankan ‘adapter’ yang berlebihan, periksa semua dawai pengalir dan pastikan penebatnya tidak merekah. Selain itu, tutup dan tanggalkan kepala gas dari tongnya. Kemalangan tidak di dugakan?

Dari aspek keselamatan jalan raya sangat penting dan harus di beri perhatian. Apabila melihat kepada peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang akan menyebabkan kadar risiko terlibat dalam kemalangan menjadi semakin meningkat. Apa yang pasti, apabila kita menggunakan kenderaan pasti kita terdedah kepada risiko terlibat dalam kecelakaan di jalan raya. Sebelum memulakan perjalanan perlu dipastikan minyak enjin, air, tekanan angin dalam tayar, termasuk tayar simpanan dan perkakas menukar tayar.

Perlu elakkan daripada memandu dalam masa yang mudah menyebabkan rasa mengantuk seperti pada waktu tengah hari dan tengah malam yang biasanya merupakan waktu mata mudah terlelap. Bersikap menghormati dan memberi kerjasama kepada pengguna jalan raya yang lain dengan baik, sabar dengan karenah sesetengah pengguna jalan raya. Pemanduan secara tergesa-gesa, tidak cermat dan memecut untuk cepat sampai ke destinasi mesti dielakkan. Kita perlu ingat kepulangan kita ke kampung untuk diraikan bukan untuk ditangisi.
Selain itu, keselamatan diri dan keluarga semasa berhari raya di kampung juga menjadi satu perkara yang perlu diberi perhatian khasnya kepada anak-anak. Apabila sampai ke destinasi di kampung, aspek keselamatan kita khususnya anak-anak perlu diberi perhatian. Di samping beraya dan mengunjungi sanak saudara, kelibat anak-anak perlu dipantau sepanjang masa. Ini kerana dalam musim perayaan, anak-anak berada dalam kegirangan. Mereka boleh pergi bermain mercun secara berbahaya, bermain di jalan-jalan yang sudah tentu banyak kenderaan dalam musim perayaan, bahkan parit yang dalam, kolam, sungai di kampung boleh menjadi tempat tumpuan anak-anak yang tidak tahu berenang. Jadi keprihatinan golongan dewasa terutamanya ibu bapa memohon doa meminta kepada Allah SWT melindungi keselamatan diri, harta benda kita.


No comments:

Post a Comment