Friday 18 July 2014

Tips Promosi Dan Pemasaran

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Ebook

1.     Cari produk atau perkhidmatan yang laris- Ini akan memudahkan kerja-kerja promosi dan pemasaran kerana produk yang dijual sentiasa mendapat permintaan yang tinggi  di pasaran.
2.      Hantar produk secepat yang mungkin- Sekiranya menggunakan kaedah secara online, pastikan produk tersebut dihantar secepat mungkin kepada pelanggan. Semakin singkat tempoh masa yang diambil, semakin mendapat tempat di hati pelanggan.
3.    Hantarkan bersama bonus yang lain- Menghantar produk pada masa yang sama memberi tawaran kad keahlian untuk mendapatkan diskaun untuk tempahan produk seterusnya.
4.    Layan pelanggan dengan hormat dan tahu menyelesaikan masalah mereka- Pelanggan adalah penting kepada bisnes. Setiap aduan dan masalah pelanggan perlu ditangani dengan baik. Masalah pelanggan menentukan tahap kecekapan dan kelancaran bisnes yang diusahakan.
5.      Jual produk yang diyakini. Setiap kali pelanggan melihat produk, ia kelihatan menyakinkan, berkualiti dan harga patut pada barangan yang ditawarkan.
6.  Tetapkan matlamat- Tetap dengan matlamat dengan menjual produk atau perkhidmatan berdasarkan permintaan pelanggan. Tetapkan matlamat menjual produk yang bukan sekadar mengaut keuntungan semata-mata, tetapi tidak mengabaikan etika jurujual dan bisnes yang betul.
7.      Menjual sebanyak yang mungkin- Dengan matlamat sasaran jualan, ada sasaran yang perlu dicapai setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Juga mencapai jualan tertinggi mengikut pelan promosi yang sedang dirancang. Sentiasa peka dengan perkembangan dan trend semasa.
8.    Gunakan kaedah pos yang diyakini- Sudah banyak pengusaha bisnes yang menjadikan jualan secara online sebagai salah satu cara untuk meningkatkan jualan. Tahu dan kuasai sistem gaya pos yang sesuai, selamat dan cepat.
9.      Bonus dan hadiah- Untuk menarik perhatian pelanggan baru dan juga pelanggan setia, sesekali memberikan hadiah percuma. Pelbagaikan jenis hadiah, walaupun murah ia pasti sangat dihargai pelanggan.
Semoga mendapat manfaat dengan perkongsian ini. Bagi yang ingin memulakan bisnes dan mengetahui lebih banyak tentang bisnes dapatkan ebook MulaBisnesButikOnline/Offline

Email: roszilaibrahim@gmail.com

FB    :roszilaibrahim..sms/whatsapp: 01129605770

No comments:

Post a Comment