Saturday 19 July 2014

Duniawi Dan Akhirat

Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Sekejap je masa berlalu, Ramadhan semakin meninggalkan kita, syawal bakal menjelang tiba. Tema saya sekeluarga tahun ini warna hijau, tetapi masih tiada persiapan lagi. Baju raya pun tidak beli lagi. Insyaallah esok akan membeli persiapan raya dan saya sekeluarga hanyalah membuat persiapan raya sederhana sahaja. Saya pasti semua orang sudah siap dengan segala persiapan raya. Kini, kita mulai melangkah masuk ke fasa yang ketiga, 10 hari terakhir kita di bulan Ramadhan. Fasa ketiga di bulan Ramadhan ini terlalu besar ganjarannya. Selain menggandakan amalan, sudah pastinya buruan utama kita adalah mendapatkan 'Malam Lailatul Qadar' - malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Fasa ke 3, inilah pula terlalu banyak godaan dan cabaran antara duniawi atau akhirat yang harus kita tempuhi. Segalanya bergantung kepada diri kita sendiri yang mana satukah menjadi keutamaan kita. Pilihan ditangan kita. Inilah cabarannya dan dugaan hari terakhir di bulan Ramadhan. Tepuk dada tanya iman. Ingatan untuk diri sendiri juga. Kedua-duanya kita perlukan. Pendek kata,  kesibukan duniawi juga berganda di fasa ketiga, 10 hari terakhir Ramadhan ini.  Keuntungan berlipat kali berganda ini mesti direbut kerana bukan selalu dapat peluang sebegini, hanya setahun sekali. Oleh itu, kita haruslah perlu bijak menguruskan tugas dan masa.

Fasal ke-3 inilah selalunya kita akan sibuk dengan urusan dunia. Sibuk untuk membuat persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba. Rumah perlu dicuci dan dihias indah. Kelengkapan lama perlu ditukar baru. Pakaian raya perlu disediakan dan juadah raya juga mesti disiapkan dan pelbagai lagi kesibukan disaat akhir sebagai persiapan untuk menyambut hari lebaran. Selain itu, shopping kompleks semakin sesak dengan pengunjung tanpa putus, maklumlah pelbagai jualan murah turut diadakan untuk menarik pelanggan. Tidak kurang juga promosi online kian rancak. Bagi yang terlalu sibuk pastinya membeli secara online lebih mudah, senang, jimat masa dan jimat tenaga. Begitu juga dengan peniaga dan pengusaha, sibuk menyiapkan segala tempahan dan melayan pelanggan yang hadir berganda.

Sekiranya urusan duniawi telah diselesaikan awal eloklah lebihkan tumpuan kita kepada urusan akhirat. Jangan kita tewas oleh godaan hawa nafsu dan kemewahan duniawi  kerana ianya hanyalah nikmat sementara. Bersama kita meningkatkan amal dan ibadat di fasa ketiga, 10 hari terakhir Ramadhan ini. Rebutlah peluang dan ganjaran berlipat ganda yang hanya muncul setahun sekali ini kerana kita tidak akan tahu sama ada kita masih dapat berpeluang menikmati lagi bulan Ramadhan ditahun hadapan. 






No comments:

Post a Comment