Wednesday 16 July 2014

Positifkan Diri

Teks: Roszila Ibrahim
Sumber: Google

Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang Positifkan Kenyataan Diri. Saya memang tidak mengenali Dr Nora tetapi saya amat tertarik dengan entri Dr Nora Bakry kerana ada kena mengena dengan  diri saya dan mungkin kalian juga. Ada kalanya seolah-olah kita tidak bersemangat untuk melakukan apa- apa pada hari-hari tertentu.  Menurut Dr Nora Bakry, ini berpunca dari dari banyak sabab seperti stress, kecewa, bangang, keliru dan sebagainya. Perasaan yang berkecamuk seperti ini mudah membuat kita menangguh-nangguh tugas-tugas penting yang perlu disempurnakan. Sekiranya di beri pilihan, kita lebih rela berbaring dan bermalas-malasan tanpa berbuat apa-apa semata-mata nak melayan emosi yang tidak  karuan itu.
Kehidupan kita pada masa kini banyak tertakluk kepada faktor masa. Tempoh masa yang telah ditetapkan itu perlu dikejar walau apa pun tekanan atau permasalahan yang melanda emosi kita pada waktu itu. Terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk menangani keadaan ini. Misalanya sekiranya kita merasakan:
1.      Aku Tak Peduli – Jangan fikirkan langsung tentang tugas berkenaan. Sebaliknya, fikirkan fikirkan faedah atau keuntungan yang bakal anda selesai menyempurnakan tugas itu. Contohnya, sekiranya anda berasa malas untuk mencuci pinggan pada setiap hari, fikirkan keinginan anda untuk mendapatkan dapur yang bersih dan kemas, ini akan dapat mengikis sikap malas tadi.

2.      Kenapa Pulak Aku?- Sikap memberontak ini tidak akan ke mana. Tumpukan perhatian kepada matlamat akhir anda? Kenapa anda mahu melakukan tugas itu? Apa hasil yang anda ingin capai?

3.      Buat Yang Itu Lagi Best Kan?- Perkara lain nampak lebih menarik untuk dilakukan. Minda anda nampaknya cuba mengelat. Satu cara untuk mengelakkan ini berlaku ialah dengan berjanji kepada diri sendiri bahawa anda akan membuat pekara lain yang lebih menarik itu selepas anda selesai menyempurnakan tugas yang lebih utama itu terlebih dahulu.

4.      Aku Tak Pernah Buat Macam Tu! – Perkara baru memang menakutkan. Kita lebih gembira dan selesa melakukan pekara yang kita dah biasa buat. Anda perlu mencari seseorang yang sangat berminat dan gembira melakukan perkara itu untuk menceritakan pengalamannya kepada anda. Ini akan mendorong rasa ingin tahu anda untuk turut mencuba segala apa yang telah diceritakan kepada anda itu.

5.      Saya Tak Sukakan perubahan –Perasaan ini berkait rapat dengan ‘Aku Tak Pernah Buat Macam Tu’ itu tadi. Ia tak lebih dari alasan kepada perasan takut yang dialami. Apabila kita rasa takut, ia akan menjadikan kita mudah berpuas hati dan rasa selesa dengan apa yang sedia ada. Ini menyebabkan kita tidak muhu mencuba pekara yang baru.

6.      Aku Dah Selalu Buat Macam ni, Ok Je..!- Sikap berlengah-lengah menjadi semakin kronik apabila suka benar mengenang masa lalu dengan kaedah-kaedah usang yang dah tak releven tu. Tinggalkan sahaja cerita lama tu dan terus bergerak ke hadapan untuk langkah-langkah baru yang lebih positif.

7.      Adoi..! Banyak Nya Kerja Nak Buat!- Nampak macam banyak tapi sebenarnya sekiranya anda membuatnya pada masa yang sepatutnya ianya dilakukan, kerja itu akan menjadi lebih mudah. Lagi pun, nak berubah memanglah kena kerja keras sikit.

Orang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa berusaha dan bekerja keras. Sebarang tugas akan menjadi lebih mudah sekiranya kita telah mematuhi tata cara yang betul dan konsisten dalam melakukannya. Sebaliknya, ia pasti menjadi sukar jika kita berlengah-lengah atau tidak melakukannya langsung. Cuba tangani masalah ini dengan mengamalkan tindakan yang dicadangkan di atas tadi. Semoga kita semua dapat menukar tabiat pasif ini kepada amalan yang lebih berfaedah dan menguntung kita. Tertarik sangat dengan tulisan Dr Nora. Situasi di atas selalu terjadi pada diri saya. Ini akan menjadi panduan berguna untuk saya dan untuk semua.

********************************************************

Bergabung dengan kami lebih 400 blog. Setiap hari alhamdulillah kami menerima pendaftaran baru. Pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online-setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp://sohodirectory.blogspot.com/
10. Keterangan lanjut tentang kelas dan pakej yuran boleh baca di sini 
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Juga ada sebarang kemusykilan boleh hubungi:

Email : roszilaibrahim@gmail.com
FB : roszila ibrahim / sms/watsapp : 01129605770

No comments:

Post a Comment